instagrammers

Instagram

23.9.12

TFR 2012 Day 1



Lepas balik dari Sogo haritu, terus berdesup-desup naik ke Genting sebab ada kursus di Awana. Dieorang namakan “Training, Family Day, & Retreat (TFR)”. Senang. Semua buat dalam satu event. Maklumlah company aku ni kan terkenal dengan sikap berjimat cermat. Tahun lepas pun ada buat kat Awana Genting jugak. Tapi time tu date training adalah sama dengan date aku nikah. Tak kan lah nak cancel nikah semata-mata nak pergi training kan. Jadinya tahun lepas, KPI aku berkurang satu training. Effect bonus hujung tahun mak hincik. Mencik..

Sampai Awana haritu dah pukul 3 lebih. Padahal ada kelas start pukul 4 ni. Takpe takpe. Rileks. Check in, ambil itinerary semua. Masuk bilik sempat makan burger king dulu. Lapar ko. Last makan roti canai sekeping time breakfast. Makan cepat-cepat and get ready to first class. Tapi masa dalam kelas tu takde lah bergambar bagai sebab time tu semua orang macam concentrate jek dengar presentation semua. Pulak tu aku ni dari branches. Branch aku cuma ada 3 orang jek staff. 80% aku rasa dari HQ. Orang-orang HQ ni memang confirmlah kenal each other kan. Aku ni yang first time jumpa dieorang semua terkemut-kemut duduk cari partner. Hehe.

Habis kelas pukul 6.30pm. Naik bilik sembahyang siap-siap. Ingat lepas maghrib baru turun dinner sebab pukul 8 ada kelas lain pulak. Dalam pukul 7.30 gitu turun ke restoran tengok buffet dinner dia sangatlahhhhh banyak makanan. Cakap kat amie, “tak sempat ni nak merasa semua makanan dalam masa setengah jam”. Sekali memang betul pun. Makan pun laju-laju. Uishh rugi betul. Pukul 8 aku masuk kelas, amie naik bilik. Sian dia. Kata family day, tapi sahari suntuk bini dok attend training jek. Nasib dalam bilik ada channel fox movie la, vision four lah. Boleh gak dia layan marathon movie-movie tu semua. Kalau tak, sure bosan punya kan. Habis kelas dah pukul 10 lebih. Ada dieorang sediakan supper. Tapi serius mata pun dah tak larat nak bukak. Esok pulak ada aktiviti lain start pukul 8 pagi. Mana nak makan breakfast lagi. Aku dah set kat kepala otak ni, nak makan buffet ni at least kena peruntukkan sejam. So kena ada kat restoran pukul 7. Jawabnya pukul 6 dah kena bangun ni. Haishhh… 


Bilik yang sangat besar. 2 katil double. Siap boleh main perang-perang lagi.

Pemandangan kat luar yang sangat syiok. Feeling macam dok kat apartment yang tinggi-tinggi.

Get ready ke kelas. Teringat pulak zaman study dolu-dolu.


Makan makan makan. Im lovin it.. =)

Siap ada live band perform lagi time dinner tu. Sejuk halwa telinga. Heh..



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...