instagrammers

Instagram

7.9.12

Amalan sunat menyambut kelahiran bayi


Bermacam-macam persediaan banyak dilakukan oleh bakal ibu dan bapa bersempena menyambut kelahiran bayi mereka dari segi persediaan material, tapi tahukah anda untuk mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa agar melakukan beberapa amalan dari awal peringkat mengandung. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut :

1. Azan dan iqamat
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan” (Hadis Riwayat Abu Ya’la ).

2. Membelah mulut (tahnik)
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

3. Penyusuan
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga merupakan makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan pemikiran dan sikap yang baik (soleh) ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

4. Memberi nama
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga adalah memberi nama dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

5. Bercukur
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

6. Aqiqah
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7.

7. Berkhatan
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” (Hadis Riwayat At- Tabrani) Ketika anak-anak masih kecil berikanlah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar.

8. Bersyukur
Mengucapkan selamat dan kesyukuran kepada si ibu atas kurniaan Allah S.W.T terhadap rezeki yang diberi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...