18.4.12
8.4.12
macam-macam ada
Ketam masak lemak, ikan sweet sour, asam rebus ikan, ikan bakar + sambal kicap, ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Lunch menu yang sangat banyak sampai tak tau nak makan yang mana satu. Kesedapan dia takyah ceritalah, sampai menjilat jari. Pffttt...
Makan kat kedai ke ni? No no no. Makan kat rumah jek. Tapi bukan aku yang masak. Mak mertua yang masak. Aku ni bau menda menumis pun rasa dah nak termun. *ngada kan tekak ni*
1.4.12
makan style korean
Malam minggu haritu, aku tetiba jek teringin nak makan macam style orang korea makan. Pernah tak tengok cerita korea? Dieorang ni selalu makan bbq grilled plus steamboat kat rumah jek kan. Duduk reramai satu family, makan penuh satu meja. Dok membakar pun kat meja makan tu jugak. Macam best jek. Syiokkk..
Pakej steamboat ada dua. Boleh pilih untuk 4 orang atau 6 orang. Beza pun RM5 jek. Kami pergi berdua. Tapi tak boleh nak order untuk 2 orang. So order jek lah untuk 4 orang. Jenuh nak menghabiskan. Sampai ketat-ketat perut. Harga untuk 4 orang cuma RM25. Murahkan? Sorang makan tak sampai pun RM7. Kira oklah. Lepas tu order nasi goreng sepinggan. Aku ni makan mesti nak kena ada nasi. Baru rasa kenyang. Kalau tak, sejam kemudian dah rasa lapar semula. Adehh..
Makan punya makan punya makan sampai dah tak larat dah. Dia ada kasi jugak mee maggi seketul gitu. Tapi tak makan pun. Sebab tekak dah tak boleh terima. Kang kalau paksa ada gak termun kat situ. Jadinya kita paksa amielah untuk habis kan semua. Hehe. *Kejam*
Pakej steamboat ni, dia ada kasi 3 jenis sos. Cili sos, thai sos, dengan blackpepper sos. Lepas tu, ada kasi gak butter sebekas. Untuk buat bakar-bakar daging yang mana kita taknak masukkan dalam kuah. Kuah boleh pilih tomyam atau sup. Daging tu macam biasalah. Udang, sotong, ayam, sayur, dengan segala mak nenek fishball yang macam orang buat celup-celup tu. Lepas tu tidak ketinggalan mee. Pada aku kalau dia gantikan mee yang kenyal macam kat Johnnys tu lagi sedap. Sebab mee maggi ni cepat kembang kan. Dok ralit berbual, memang mengembang lah mee tu sampai nak makan pun tekak boleh jadi kembang. *padahal dah kenyang*
Lepas makan, boleh jenjalan dating berduaan kat depan kedai makan ni. Ada jeti nelayan. Scenario yang sangat cantik dengan bot-bot nelayan sambil dihiasi lampu warna-warni yang datang dari i-city. Amboihhh. Terengganu pun ada i-city tau.Kelas..
Bila dah teringin tu, tangan ni apa lagi? Dok menggoogle la cari kat mana tempat terdekat yang ada kedai makan macam tu. Sekali terjumpa link ni. Tengok-tengok dekat area pulau duyong. Tanya amie dia tahu ke tak kedai tu. Dia kata kat area jeti kampung nelayan sebelah ri-yaz tu jek. Dah tahu tempat, malam tu jugak pergi proceed jelajah misi cari kedai tu.
Sampai jek kat situ, baru tahu yang lokasi dia sebelah mset jek. Padahal dolu-dolu masa zaman muda remaja, dok jenjalan cuci mata kat situ. Tapi masa tu, kedai ni tak buka lagi. Kedai ni ala foodcourt. Ramai gila orang time tu. Malam minggu lah katakan. Aku tengok dari segi struktur binaan ada ala-ala style ri-yaz sikit. Tak silap aku, orang yang buat ri-yaz tu adalah orang yang sama buat deretan kedai situ. Sebab tu nampak macam lebih kurang jek. Nice..
Nasib ada meja time kami pergi tu. Sebab tengok banyak meja yang dah direserved time tu. Kalau kami datang lambat 15 minit, rasanya kena beratur nak dapatkan meja. Punyalah packed.
Pakej steamboat ada dua. Boleh pilih untuk 4 orang atau 6 orang. Beza pun RM5 jek. Kami pergi berdua. Tapi tak boleh nak order untuk 2 orang. So order jek lah untuk 4 orang. Jenuh nak menghabiskan. Sampai ketat-ketat perut. Harga untuk 4 orang cuma RM25. Murahkan? Sorang makan tak sampai pun RM7. Kira oklah. Lepas tu order nasi goreng sepinggan. Aku ni makan mesti nak kena ada nasi. Baru rasa kenyang. Kalau tak, sejam kemudian dah rasa lapar semula. Adehh..
Makan punya makan punya makan sampai dah tak larat dah. Dia ada kasi jugak mee maggi seketul gitu. Tapi tak makan pun. Sebab tekak dah tak boleh terima. Kang kalau paksa ada gak termun kat situ. Jadinya kita paksa amielah untuk habis kan semua. Hehe. *Kejam*
Pakej steamboat ni, dia ada kasi 3 jenis sos. Cili sos, thai sos, dengan blackpepper sos. Lepas tu, ada kasi gak butter sebekas. Untuk buat bakar-bakar daging yang mana kita taknak masukkan dalam kuah. Kuah boleh pilih tomyam atau sup. Daging tu macam biasalah. Udang, sotong, ayam, sayur, dengan segala mak nenek fishball yang macam orang buat celup-celup tu. Lepas tu tidak ketinggalan mee. Pada aku kalau dia gantikan mee yang kenyal macam kat Johnnys tu lagi sedap. Sebab mee maggi ni cepat kembang kan. Dok ralit berbual, memang mengembang lah mee tu sampai nak makan pun tekak boleh jadi kembang. *padahal dah kenyang*
Lepas makan, boleh jenjalan dating berduaan kat depan kedai makan ni. Ada jeti nelayan. Scenario yang sangat cantik dengan bot-bot nelayan sambil dihiasi lampu warna-warni yang datang dari i-city. Amboihhh. Terengganu pun ada i-city tau.Kelas..
25.3.12
Tutti Frutti
Yeayyy.. sekarang ni tutti frutti dah ada kat KT. Terus tetiba jek ngidam nak makan eskrim. Bukan aku yang nak sangat tapi tekak ni yang ngada-ngada. Haha.. Tapi kan aku pernah terbaca satu artikel yang eskrim ni tak elok untuk 1st trimester. Patut pun lepas makan haritu terus rasa semacam jek perut ni. Tak tahulah kebetulan ke atau memang betul-betul tak elok. Hmm..
Lokasi kedai ni kat area Tanjung. Sederet dengan Secret Recipe, Cavenzi tu semua. Aku rasa nak dekat 2 minggu dah kot kedai ni bukak. Masa launching haritu aku dengar orang kata siap ada 50% less lagi. Uhh ruginya tak pergi masa tu. Sekarang ni cuma ada less untuk student jek. 10% kot. Student-student lepas ni kalau nak pergi, sila bawak aku. Sebabnya bukan aku nak bayarkan tapi cuma nak tumpang bayar sekali yang aku punya jek. Hahaha..
Aku kalau bab eskrim ke kek ke memang confirm ambil choc flavor. Eskrim choc, garnishing pun choc. Choc chip sikit, choc rice sikit, choc syrup sikit. Perghhh... memang marveles lah. Amie pulak feveret dia white choc. Tapi tak ada flavor tu. So dia try vanilla. Lepas tu ambil isi-isi semua fruits. Konon healthy. Lepas tu amek kau time bayar. Buah kan berat kan. Total 2 mangkuk yang small size boleh buat makan malam kat kedai tomyam siap dengan sotong celup tepung bagai. Haha.. takpe lah. Sekali sekala. Janji merasa. Kannn..
22.3.12
birthday present
Aku tengok video ni rasanya dah banyak kali kot. Lebih dari seploh kali. Dan setiap kali tengok, mesti terikut menangis. Seploh kali tengok, seploh kali nangis. Entah kenapa. Aku rasa macam touching sangat bila tengok. Aku tunjuk kat amie video ni dulu, dia pun boleh repeat tengok banyak-banyak kali. Sangat-sangat amazing katanya.
Budak ni aku rasa sangat bijak. Tahu menghargai sesuatu pemberian. Dia pun macam tak sangka yang impian dia selama ni nak ke Disneyland akan tercapai. Memang impian semua budak nak jejakkan kaki ke situ termasuklah aku masa time kecik-kecik dulu. Tapi apakan daya.
Aku paling suka reaksi pertama dia masa dia bukak bag. "oh my goodness". Lepas tu siap tanya kat mak dia lagi "how do you know i want this, how, how". Siap dengan muka-muka lagi. So cute kannnnn…
21.3.12
Pulau Perhentian *day three*
Akhirnya dapat jugak aku habiskan entri pulau ni. Mahu makan sebulan nak menaip. Perginya tiga hari jek. Nampak nau penyakit M dah berleluasa sekarang. Haha..
Hari terakhir kami kat pulau, sangat sedih rasanya. Sebab rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah tiga hari. Pagi tu lepas breakfast, ingat nak mandi manda kat area romantic beach. Tapi boleh terlupa pulak nak amek life jacket dengan TA semalamnya. So niat di hati terpaksa cancelled. Ouh.. btw, swim guna life jacket sangat lah syiokkk sebab kau boleh swim kat tempat dalam tanpa rasa takut. Besttt...
Cuaca hari terakhir sangatlah cantik. Dia punya panas mentari tu sampaikan kau tengok laut siap boleh nampak coral yang berwarna warni. Memang nice. Kan best kalau semalamnya cuaca ok macam ni. Hmm.. aku rasa memang tuhan dah aturkan hidup aku tanak kasi lasak-lasak sangat. So dia boleh rest seharian semalaman tu kan. Sebenarnya takut jugak nak lasak-lasak sangat ni, sebab orang kata first trimester ni rahim masih tak kuat lagi. Kena berjaga-jaga. So dalam rasa frust sebab semalamnya hujan, tapi ada jugak rasa bersyukur sebab memang ditakdirkan tak buat aktiviti yang heavy-heavy.
Lepas breakfast pagi tu, pergi jalan-jalan area long beach. Mat saleh sangatlah ramai. Sempat jugaklah aku kidnap sorang anak mat saleh ni. Haha. Anak-anak mat saleh ni aku tengok semuanya berani. Kalau swim tu rilek jek. Takde pun takut-takut nak suruh parents pegang lah. Semuanya berenang sendiri siap pakai goggle nak cari ikan.
Tengahari tu check out terus ambil bot balik ke jeti Besut. Singgah sekajap kat pejabat TA. Yang bestnya pasal TA ni, dieorang akan ambil gambar korang sepanjang percutian tu termasuk lah gambar-gambar dalam air. Lepas tu dieorang akan burned ke dalam CD and bagi kami CD tu as a gift. Wahhh… sangat suka. Btw, aku kenal TA ni sebab tokei dia ni one of my officer’s bestfriend. Sebab tu harga pakej kami boleh kaw tim punya. Pulak tu, kan semalamnya trip ke Redang terpaksa dicancelledkan sebab masalah cuaca kan. Dieorang siap refund duit ke kami. Padahal masalah cuaca bukan salah dieorang pun. Aku sangat-sangat rekemen kalau korang guna TA. Boleh tengok fb TA ni kat SINI.
19.3.12
Pulau Perhentian *day two*
Sekarang ni adalah sangat super bizi. Kes macam menimbun-nimbun masuk. Nak baca blog orang pun macam tak sempat jek rasa, inikan pulak nak update blog sendiri. Tapi harini aku gigihkan jugak tangan ni update cerita second day. Padahal cerita dah basi pun. Tapi bila nampak gambar matjoe, tetiba jadi semangat pulak nak up. Haha..
Second day adalah hari yang merugikan. Sebab? Hujan satu hari suntuk. Dari subuh sampailah ke malam hari. Pagi tu lepas breakfast, lepak-lepak jek. Takda aktiviti sebab hujan lebat. Dok lobi ngadap internet jek. Tengahari tu agent kami call bagitau nak ambil lepas zohor. Plan asal akan ke Redang tapi dengan cuaca macam ni, haruslah dirombak. Mana taknya, walaupun hujan dah reda, tapi ombak still kuat. Nak snorkeling macamana kan. Naik bot pun macam melambung-lambung jek rasa.
So agent bawa kami ke pulau yang berdekatan. Cari tempat yang cantik coral dia. Puas snorkeling sambil bagi ikan makan roti, depa bawa kami ke perkampungan nelayan. Pekena keropok lekor and sate ikan. Pada aku, tak boleh lawan Bukit Tok Beng punya lah. Tapi sebab dah lapar seharian mandi laut, habis jugak. Tapi amielah yang jadi mangsa kena habiskan makanan semua. Aku nampak ada orang kampung kat situ beli pelam colek. Terus terliur. Pergi redah kawasan kampung, last-last jumpa. Suka. Sedap.
Dinner malam tu, kami makan bbq. Makanan adalah super banyak. Udang, sotong semua fresh-fresh. Tapi amie sangat bertuah sebab aku tak lalu makan menda tu semua. Bolehlah dia habiskan tanpa aku rasa sakit hati hatta sekelumit pun. Takpe. Tunggu tekak aku dah normal balik, boleh repeat makan bakar-bakar kat Kelulut.
Lepas makan amie ajak jalan-jalan lagi. Dia kata ni malam terakhir kat sana. Jomlah menikmati. Akan tetapi... nikmat aku adalah ke bilik. Aku rasa macam katil tu dah memanggil-manggil jek. Serious kepala ni tak larat dah nak bawak. Balik bilik, tidur lagi bagus. Honeymoon macam tak berapa nak honeymoon. Lebih kepada percutian merehatkan badan. Takpelah. Nanti anniversary ke sepuluh, kita repeat lagi yek. Hee..
Subscribe to:
Posts (Atom)














