instagrammers

Instagram

1.9.12

Wishlist Baby



Sebenarnya checklist untuk baby aku rasa dah complete. Cuma terkadang nafsu ni ada sikit mengada-ngada nak yang bukan-bukan. Padahal kalau tak ada pun takpe tapi dasar mata rambang. Tengok itu nak tengok ini nak. Mintak-mintaklah amie ada terbaca entri ni so that dia boleh hadiahkan surprise-surprise *harapan*. Hiks..




Stroller SCR 5
Stroller ni kalau tak ada pun sebenarnya tak apa jugak sebab bukan selalu pun kami travel. Nak berjalan ke shopping mall pun mall kat sini tak adalah grand sangat sampai nak berstroller bagai. Tapi dah namanya nafsu. Ada pasang angan-angan nak beli tapi tengok pada ekonomi hujung tahun dulu. RM 500++ gak regenye ni.






Mothercare carrier 4 position
Solution kedua kalau tak nak guna stroller, rasa macam nak beli carrier. Tapi idaklah eden yang nak mencarrynya. Cukuplah hampir 10bulan ni dok kendong anak jek. Kasi can pada daddy pulak merasa bawak anak. Kalau ikutkan berkenan brand bjorn tapi harga adalah sangat melampau-lampau. Ngalahkan harga stroller. Bila usha lagi tengok brand mothercare ni harga mampu milik. Kalau kat kedai dia jual beratus gak. Tapi online ada yang jual dalam RM60 jek. 





Bumboo seat
Waaa… sangat comel kerusi ini. Kan kan. *sila angguk*. Rege bawah RM200. Boleh guna untuk stabilkan baby time duduk. Senang nak suap baby makan kalau bagi dia duduk kat kerusi macam ni sebab kerusi tu fully support badan baby.





Steriliser & Warmer
Untuk feeding bottle. Memang niat di hati nak breastfeed kan. Tapi bila dah start kerja nanti, rasanya perlu juga barang-barang ni. Lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Nak sterilise tu boleh jek guna air panas tapi kalau dah ada kemudahan yang macam ni apa salahnya kan. Warmer tu pulak aku rasa penting sebab kalau panaskan susu guna air panas jek kita tak tahu suhu tu sesuai ke tak kan. Kalau guna warmer ni kita boleh setkan suhu ke 40’ terus. Senang. Tak adalah rasa was-was. Tak kisah brand apa pun janji benda ni semua boleh muat masuk botol susu yang gemuk-gemuk. Rege is below RM200 jugak untuk pakej combo ni.




Fisher Price Rocker

Ni lagi satu benda yang merambangkan mata aku since dari awal pregnancy lagi. Kiut kan. Rocker ni boleh guna dari baby sampai toddler umur 4 tahun. Harga kat kedai dalam tiga ratus lebih tapi ada tengok orang jual kat online dalam RM200 jek.





Medela freestyle breastpump
Wah wah wah. Nak yang paling mahal jek kan. Memang dah tahu tak kan dapat yang ni tapi kalau Dia nak bukak kan pintu rezeki untuk kita siapa yang tahu kan. Tak pe. Kita letak jek dalam wishlist ni. Dah nama pun wish kan. Dapat tak dapat belakang kira. Kalau tak dapat yang ni, dapat yang lain pun kira ok jugak. Kena beli ikut kemampuan bukan kehendak yek sebab rege untuk yang ni dah almost RM2K. Menangis tengok rege kan. Budget cuma RM300. Jauh bebenor harga budget dengan harga barang impian.




 

Bilik baby
Akhir sekali haruslah mengimpikan bilik baby yang serba complete furniture nya termasuk baby cot. Tapi memikirkan rumah kami hanyalah sekangkang kera, jadinya list ni hanyalah boleh disimpan dalam wishlist sahaja.

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...