instagrammers

Instagram

29.10.13

Tips Merancang Majlis Harijadi Anak Anda

Hari ni nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis hari jadi. Rasanya hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis hari jadi anak mereka. Tak kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek.

Ok sebelum mengadakan majlis. Perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :

1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.

-          Checked. Syukur ada rezeki lebih dan boleh dikongsikan dengan yang lain.

2) Tema Majlis : Tetapkan tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih.

-          Checked. Watak kartun kegemaran anak?? Haha. Harz tak reti apa pun lagi. Umminya yang over eksaited.

3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!

-          Checked. Lokasi hanya di rumah comel kami. Rasanya ok lah tu. Sebab kekanak Ribena bukanlah ramai sangat since Harz pun belum ada kawan sekolah kan.

4) Menu : Selalunya menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang riang!

-          Checked. Chef jemputan by tokma and tokngah. Ummi? Goreng nugget jek nanti. Hehe.

5) Aktiviti : Untuk mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan boneka atau persembahan silap mata!

-          Yang ni unchecked. Sebab Harz takde geng lagi. Yang ramai mungkin geng ummi dengan babah. So aktiviti orang tua is makan, makan, dan makan.


     XOXO

28.10.13

Jemputan ke Majlis Hari Jadi




Hujung minggu ni kami akan adakan majlis hari jadi untuk Hariz Al-Haziq. Alhamdulillah dah setahun anak ummi. Harap membesar dengan solehnya. So dikesempatan ini, kami nak menjemput saudara-mara datang ke rumah kecil kami untuk sama-sama meraikan rasa kesyukuran kami. 




      XOXO

24.10.13

Suasana di kampung halaman



Ewahhh tajuk kemain kan. Padahal memang lah duduk kat kampung jek pun. Biasanya weekdays tu macam biasalah pepagi lagi dah pergi kerja. Matahari terbenam baru reti nak balik rumah. Weekend pulak biasanya kami balik ke rumah kami. Kalau ada cuti yang panjang sikit, barulah lepak kampung lama sikit. Rasa best jugak sebenarnya duduk dalam suasana kampung ni pada aku. Sebab dari kecik membesar kat bandar, so memang boleh rasa perbezaan dia which is ko akan rasa tenang jekkk.

video

So ni ada beberapa aktiviti yang weols buat time kat kampung. Selain dari mandi-manda kat kolam sekayu, kiteorang pergi jugak terjun kat sungai belakang rumah tu jek. Air cetek tapi arusnya kemain deras. Serius rasa penat mandi sungai dari mandi kolam. Sebab banyak menggunakan tenaga untuk mengelakkan diri daripada hanyut. Laju ko air sungai ni mengalir. Tapi yang bestnya air dia bersih. So fun lah kalau mandi ramai-ramai. Macam-macam aksi terkeluar.


Ni pulak aktiviti membakar lemang. Time raya haji haritu. Teraju utama is mak mertua daku and adik mak mertua daku jua. Daku? Tukang tengok jek. Hehe. Pulak tu time raya korban ni banyak daging orang bagi. Tumpang sekaki lah bakar daging tu. Mmmm marvels.

video

Yang ni pulak aktiviti wajib Harz setiapppp hari. Manja ngat duduk dengan ki ye. Asal tunjuk moto jek, terus ki bawak berjalan round satu kampung. Untunglahhhh. Kalau aku dulu masa kecik-kecik, tunjuk benda gitu terus dapat warning tali pinggang. Ngada ngat nak kena bawak ronda hari-hari kan. Terus dah tak berani request. Haha.


      XOXO

23.10.13

Celebrate birthday Harz & Tok Ki



Birthday Harz 20hb haritu jatuh pada hari ahad hari kami bekerja. Memang takde plan nak celebrate apa-apa pun time tu sebab balik kerja sampai rumah pun selalunya dah maghrib. Tapi haritu balik rumah tengok mok kaq ngan mok chik harz belikan kek untuk tok ki dan harz. Since tok ki punya birthday pun on October, so sama-sama potong kek dengan harz.

Harz punya perangai kan gerammmmm sangat aku. Selagi dia tak dapat tepuk kek tu selagi tu lah dia nak mencapai. Selagi daya dia. Once dah dapat tepuk, kek tu berkecai, dia boleh buat dek. Terus dah tak heran dengan kek tu. 

video

Thank you mok kaq n mok chik belanja kek. Happy birthday tok ki n harz. Ummi love uols ketat-ketat!


      XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...