instagrammers

Instagram

10.9.12

Open House



Semalam 22 Syawal dah. Tempat kerja ada buat jamuan raya. Kata raya sebulan kan. Selalunya tahun-tahun lepas, jamuan dibuat time weekend so that boleh buat belah siangnya. Tapi tahun ni dieorang buat hari bekerja pulak. Dah kena buat time malam. Masa petang semalam time balik kerja dalam pukul 6 gitu, tengok khemah semua dah siap-siap dipasang. Tapi jamuan kan start pukul 8.30pm, so mai kita balik rumah dulu.


Bila pergi time malamnya, tengok orang dah ramai. Ramai tak kenal daripada kenal. Mana tak nya. Staff kat sini boleh dikatakan 98% tu lelaki. So bila ada jamuan yang melibatkan staff and family, mesti para isteri dan anak-anak akan join sekali. Aku dari zaman sebelum kahwin lagi, kalau join jamuan opis ni, paling tak gheti nak bercampur dengan para isteri mereka ni. Sebab mesti dieorang akan bercerita pasal family, anak-anak, bla bla bla. Masa tu kan aku tak kahwin lagi, so memang tak gheti nak respond apa. Sekarang bila dah kahwin ni ok sikit lah. Ada lah tegur-tegur gitu. Tapi dapat pulak jenis laki yang pendiam. Dia pulak yang tak gheti nak beramas mesra. Jadinya kalau pergi tu, meh kita dok diam-diam sambil makan kenyang-kenyang. Dah namanya pergi jamuan memang dengan nawaitu nak makan kan.

Bila dah ada nawaitu macam tu, haruslah ambil gambar makanan saje. Gambar sekeliling adalah malu nak snap sebab ramai sangat orang. Tapi gambar camwhore berdua adalah. Yang tu wajib. Hiks..



2 komentetar:

ezfezrid said...

kenapa pic korunk mcm org baru lepas nanges??

shakila mubarak said...

makanan sedap sangat. sambil makan sambil nanges. kah3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...