instagrammers

Instagram

31.10.10

Getar hati

video

Saat pertama aku mengenal dirimu
Berdetar jiwa ragaku kau mempersuaraku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan ku cahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh padamu

Dengar hatiku
Kan ku bisikan cintaku
 
Lihat Jiwaku 
Kan kau dapatkan setia 
Ingat diriku
Kau kan rasakan rinduku 
Untuk dirimu 
Kanku berikan hidupku

30.10.10

9 answer with a thousand means

-->
-->
FINE : This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

5 MINUTES : If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

NOTHING : This is the calm before the storm. This means something and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

GO AHEAD : This is a dare, not permission. Don't Do It!

LOUD SIGH : This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

THAT’S OKAY : This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

THANKS : A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here. This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' ... that will bring on a 'whatever').

WHATEVER : Is a women's way of saying F*** YOU!

DON'T WORRY ABOUT IT, I GOT IT : Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.



27.10.10

B.A.R.A.H

 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa TIMUNnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.



2. Jangan makan UDANG selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.




3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.



 
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, kueyteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.




5. BAWANG GORENG segera, seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

26.10.10

Sempit bang



Majlis pernikahan sudah selesai. Tetamu semua sudah balik. Si ayah duduk berehat sambil mengelamun sendiri.

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah sambil itu si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.

"Nak
cuba pakai malam ni, bang." pengantin perempuan bersuara. Berdebar dada Si ayah mendengarnya.

"Boleh saja, biar abang masukkan." Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

"Tak muat bang, sempit oh sakitnya."
Ternyata kasut tersebut bukan saiznya.

"Kalau tak muat nak buat camana?"
Pengantin lelaki gundah suaranya.

"Sapu air liur…!"
Si ayah di luar bersuara.

25.10.10

Sensitifnya aku

 
1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi anda semula, tetapi percayalah sebenarnya dia masih berada disisi telefon & mengharapkan kamu menghubunginya semula sebagai bukti anda belum puas mendengar suaranya. Yang ni betul, aku setuju. Kalau dah terputus tu perempuan harapkan sangat lelaki ambil inisiatif call balik. Barulah perempuan tu rasa dihargai. Perempuan rasa hegeh-hegeh sangat kalau dia terpaksa call lelaki tapi mmandangkan rindu yang tidak tertahan tu dia terpaksa korbankan ego & wang RMnya demi lelaki yang dikasihi. Tapi alangkah bengongnya lelaki yang tidak reti-reti nak ucap terima kasih bila perempuan yang telefon &  taknak telefon perempuan tu (lemak sudah banyak) sebab dia rasa diri dia tu hebat sangat kot sampai ada perempuan yang call dia. Notgud ni.. Kalau perempuan telefon faham-faham je la. Maknanya awak tu yg kedekot kredit tahap jering busuk. 


2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu. Betul tu, perempuan ni suka kias-kias. Sebenarnya dia nak ajak dating la tu tapi die guna cara kata-kata rindu supaya lelaki faham penyakit rindu ubatnya datingla. Tengok wayang ke, pergi zoo ke, candlelight dinner ke. Ni tak, kalau perempuan tu kata rindu, lelaki bengong pun akan kate rindu juga, malah dua kali ganda rindunya dan akan kate sabarlah dengan rindu tersebut sebab ia dugaan bercinta. Pegidah. Buat-buat tak faham pula.


3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa untuk membelikan hadiah untuknya. Tapi jauh disudut hati, dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya. Ha ni paling best nih, perempuan yang sejak azalinya dianugerahkan sifat malu yang lebih tinggi daripada lelaki akan kata “takpelah” jika lelaki nak belikan dia sesuatu. Tapi sebenarnya dia nak. Hatinya meronta-ronta kata nak tapi sebab dia malu dia lebih selesa kata tak. Ada lelaki bengong tu kalau nampak perempuan tu dah belek-belek teddy bear ke, cincin ke, maknanya dia nak la tu tapi si lelaki ni buat bodoh je. Ala apa salahnya belikan untuk dia. Perempuan memang suka dapat hadiah daripada pakwe dia walaupun hanya sebiji gula-gula dia akan menyimpan plastik gula-gula tu kat dalam diari dia. Percayalah.


 
4) Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya. Kalau lelaki jenis ego jangan haraplah nak pujuk. Aku sebagai wanita akan merajuk jika benda yang aku tak salah orang tuduh-tuduh. Pantang betul aku. Aku tidak akan minta maaf atau melutut ke ape ke. No way. Lelaki yang gentle bagi aku lelaki yang mengalah dengan sifat perempuan yang hatinya terlalu sensitif jika sang lelaki itu mengguris hati dan perasaanya. Tidak perlu minta maaf hanya genggam tangannya erat-erat. Kesat airmatanya dengan jari anda dan bisikkan ditelinganya yang anda benar-benar sayangkannya. Pergh.. kompem hati wanita merajuk itu akan melting cair macam mentega yang dicairkan di kuali panas.


5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian. Benar. Kalau perempuan tengah cakap tu pandanglah mata dia. Kalau cerita yang dia cerita tu tak best ke, apa ke, si lelaki tu angguk-angguk geleng-geleng ambil hati jelah lepas tu cuba ubah topik. Ni tidak. Masa perempuan tu dok pot pet pot pet bercerita mata dia boleh pula jeling kat perempuan lain yang tengah lintas jalan. Ada ke patut. Kalau bawa jumpa kawan-kawan, si lelaki janganlah tinggalkan dia. Ohh, mentang-mentang dah jumpa kawan aweknya di sisihkan. Banyak cantik. At least perkenalkanlah dia sebagai buah hati ke apa ke. Taklah perempuan tu rasa kecil hati dan rasa tidak diberi perhatian.


 
6) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya. Jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu! Perkara ni terjadi kalau si lelaki lebih up dari perempuan. Mungkin perempuan tu gemuk air ke, pendek ke, hitam ke, berjerawat batu ke. Janganlah tegur. Terimalah kekurangan dirinya itu dan jangan ejek-ejek atau buat gurauan melibatkan fizikalnya. Laa, kalau dah rase orang tu tidak menepati citarasa kenapa awak pilih dia sebagai makwe. Ish, tahpape tah. Nampak sangat awak tu tak laku cik abang oi.


7) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya. Dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dengan mereka. Tetapi percayalah, cintanya tidak pernah berubah terhadap kamu. Betul tu. Antara kawan dengan kekasih banyak bezanya. Ni aku rujuk kepada student-student la khasnya. Biasalah kalau ada kerja group yang akan campur lelaki dan perempuan. Dah memang syarat pun dalam group mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang lelaki kan. Kalau dia nak banding-bandingkan tu maknanya dia nak kamu berubah jadi baik dan sempurna di matanya. Jangan kisah sangatlah. Dan jangan jeles mengkhinzir buta.


  
8) Sikap ambil beratnya kadang-kadang merimaskan kamu. Percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat tentang dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu! Lihat sahaja mak korang. Mustahil tiada yang ambil berat gila-gila. Hati seorang perempuan memang begitu. Hal-hal kecil pun dia begitu prihatin. Ambil berat tandanya she’s corcern. Bertuahnya kamu kan ada orang mempunyai banyak masa untuk berfikir tentang kamu. Jadi bersyukurlah.

24.10.10

Hang Tuah di zaman cyber

22.10.10

Magika


Sebelum ini, banyak entri-entri dari kak na dan chik tentang barang-barang free yang mereka dapat. Kali ini, aku pula nak bercerita tentang barang free yang aku dapat.

Siang tadi, lepas balik dari makan tengahari, tiba-tiba aku nampak ada satu parcel atas meja aku. Buka-buka, sekali tengok ada dua keping tiket free untuk menonton filem MAGIKA. Pemberian ikhlas dari CELCOM



Sangat-sangat teruja. Sedang bersuka-ria memikirkan siapa teman berjimba-jimba untuk aku bawa, tiba-tiba baru aku teringat yang tempat aku bermaustatin sekarang ini tiada panggung wayang. Ouh, terbantut sudah angan-anganku ibarat pelamin anganku musnah.

Huh!!!

21.10.10

Kiut kan mereka ni..??


~macam pinang dibelah dua~


20.10.10

Tandas 18sx

Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk “Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam”

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : Pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd Rahman : Kenapa pulak? Bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : (bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!



P/S : mungkin sebab ini kot...!!!






19.10.10

Kenapa aku letih bekerja ?


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku.

Aku keletihan kerana terlebih kerja. Nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :-

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

Dari baki tadi 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang ni nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku.

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung. Jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia ni.

Mana tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

18.10.10

Mediokrasi


Bulat dunia ada selumbarnya
Ke kiri dicakar, ke kanan di bakar
Oleh berani-berani halus mereka
Yang membawa kiamat ke jiwa

Kau tenunglah dengan mata-mata engkau yang membinasa
Kau ucaplah dengan kata-kata engkau yang menabur dosa
Kau tamparlah dengan tangan-tangan engkau yang menyeksa
Kau ludahlah dengan liur-liur engkau yang memekung deria

Warna langit tak tertukar dengan nuansa darjat
Mobil-mobilmu bukan kertas membeza pendapat
Duniareka
Aku rindu mediokrasi, bukan idiokrasi

14.10.10

Trik memperdayakan wanita


Hal ini berlaku di KL baru-baru ni. Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan aku sendiri yang telah menjadi mangsa.

Kawan aku ni keluar ofis agak lewat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia menghampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang-sorang pada waktu begini. Budak tu kata yang dia sudah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.


Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa terus dibawa budak itu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang.
Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tidak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tidak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali menturuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S : Kongsi kisah ini dengan rakan-rakan wanita anda supaya mereka berhati-hati & juga rakan-rakan lelaki anda supaya mereka boleh memperingatkan adik perempuan, kakak & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

13.10.10

Khasiat peluk isteri


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: ‘Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

* Haa.. Tunggu apa lagi..??

12.10.10

Kenangan 10.10.10


~gambar majlis persandingan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina~
sweetnyer
debor perut katanya
sangat teruja



dayang-dayang
datuk k & datuk ct










potong UFO









* kredit kepada abang gua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...