Hari ketiga ada telematch. Pukul 8. So kena
breakfast pukul 7. Merasa lagi bangun pukul 6. Huwaaa. Dah lah malam semalam
balik bilik dah pukul 12 lebih macam tu. Serius aku rasa macam letih. Tapi tetap
gagahkan diri.
Telematch pagi ni dibahagikan dengan 4 warna kumpulan. Aku dengan amie geng kumpulan merah. So pakai
baju pun kaler merah lah kan. Memula tu team kena buat bendera lah, lagu lah,
dance lah yang mewakilkan team masing-masing. Amie ada gak tolong sikit-sikit. Aku
pun ada. Tolong tengok. Hewhew. Dah itu jek yang mampu. Ada sorang tu dalam
team ni sangatlah kreatif. Rilek jek dia lukis gambar naga kat kain bendera tu.
Kononnya macam Red Dragon lah. Tapi menjadi okeh. Kagum aku.
Lepas tu kan kena nyanyi kata-kata semangat siap
berjoget bagai. Juri kira ikut mana yang paling bersemangat. Aku rasa macam
team merah punya lagu and dance tu macam dah best. Tapi sebabkan team purple
lagi kuat meriuhkan suasana, so untuk acara tu team dieorang menang. Team kami
no.2 jek.
Lepas tu pergi ke kawasan lapang sikit untuk
acara seterusnya. Sepatutnya main kat luar, tapi disebabkan hujan plus berkabus
semua, kita main kat indoor recreation area jek. Permainan macam biasa lah. Standard
sukaneka semua. At the end, team kami dapat no.2. dapat lah hadiah voucher
makan KFC dengan Pizza setiap sorang.
Habis game nak dekat pukul 12 lebih dah time tu.
Kena rushing naik ke bilik sebab key card bilik sampai pukul 1 jek. Sekali bila
sampai kat tempat lift, hamek kau, punyalah ramai jugak yang menyerbu nak naik
ke bilik. Tunggu lift lebih kurang setengah jam baru lah dapat masuk. Kemas-kemas
barang, siap-siap terus check out. Nak turun ke bawah pun satu hal. Kan bilik
kat tingkat 22. Tekan butang lift dah kena tunguu 5 minit nak terbukak lift tu.
Bila dah bukak pintu lift, orang pulak penuh dalam tu. Semua pakat nak check
out belaka. Ada lah dalam 7-8 kali pintu lift tu terbukak tapi kami tak muat
nak masuk sebab lift penuh dengan orang-orangnya lagi dengan luggagenya lagi. Tak
kan nak gigihkan diri turun guna tangga. Nak taknak kena tunngu. Duduk depan
lift jek makan masa 45 minit. Huhu.
Lepas setel check out semua, naik KL semula
kejap. Hmm macam tu lah berakhirnya 3 hari kursus plus macam-macam aktiviti di
Genting. Kalau nak ikutkan memang penat tapi kalau nak pergi bermalas-malasan
tu kena pergi sendirilah jawabnya ye dak. Keluar modal semua sendiri kan..
Berseni kan dia
|
Tukang tengok
|
Macam ada belon dalam baju
|
Ready for sorak-sorak
|
Bendera tengkorak ok. Gerun.
|
Semangat tukang sorak
|
Game terompah
|
game belon lekap di badan
|
Main passing getah guna straw
|
Go Red Dragon go!
|
Acara membuat maskot team
|
Dapat no.2. Jadilahhh…
|
0 komentetar:
Post a Comment