Lepas balik dari Sogo haritu, terus
berdesup-desup naik ke Genting sebab ada kursus di Awana. Dieorang namakan “Training,
Family Day, & Retreat (TFR)”. Senang. Semua buat dalam satu event. Maklumlah
company aku ni kan terkenal dengan sikap berjimat cermat. Tahun lepas pun ada
buat kat Awana Genting jugak. Tapi time tu date training adalah sama dengan
date aku nikah. Tak kan lah nak cancel nikah semata-mata nak pergi training
kan. Jadinya tahun lepas, KPI aku berkurang satu training. Effect bonus hujung
tahun mak hincik. Mencik..
Sampai Awana haritu dah pukul 3 lebih. Padahal ada
kelas start pukul 4 ni. Takpe takpe. Rileks. Check in, ambil itinerary semua.
Masuk bilik sempat makan burger king dulu. Lapar ko. Last makan roti canai
sekeping time breakfast. Makan cepat-cepat and get ready to first class. Tapi masa
dalam kelas tu takde lah bergambar bagai sebab time tu semua orang macam
concentrate jek dengar presentation semua. Pulak tu aku ni dari branches. Branch
aku cuma ada 3 orang jek staff. 80% aku rasa dari HQ. Orang-orang HQ ni memang
confirmlah kenal each other kan. Aku ni yang first time jumpa dieorang semua
terkemut-kemut duduk cari partner. Hehe.
Habis kelas pukul 6.30pm. Naik bilik sembahyang
siap-siap. Ingat lepas maghrib baru turun dinner sebab pukul 8 ada kelas lain
pulak. Dalam pukul 7.30 gitu turun ke restoran tengok buffet dinner dia
sangatlahhhhh banyak makanan. Cakap kat amie, “tak sempat ni nak merasa semua
makanan dalam masa setengah jam”. Sekali memang betul pun. Makan pun laju-laju.
Uishh rugi betul. Pukul 8 aku masuk kelas, amie naik bilik. Sian dia. Kata family
day, tapi sahari suntuk bini dok attend training jek. Nasib dalam bilik ada
channel fox movie la, vision four lah. Boleh gak dia layan marathon movie-movie
tu semua. Kalau tak, sure bosan punya kan. Habis kelas dah pukul 10 lebih. Ada dieorang
sediakan supper. Tapi serius mata pun dah tak larat nak bukak. Esok pulak ada
aktiviti lain start pukul 8 pagi. Mana nak makan breakfast lagi. Aku dah set
kat kepala otak ni, nak makan buffet ni at least kena peruntukkan sejam. So kena
ada kat restoran pukul 7. Jawabnya pukul 6 dah kena bangun ni. Haishhh…
Bilik yang sangat besar. 2 katil double. Siap boleh main
perang-perang lagi.
|
Pemandangan kat luar yang sangat syiok. Feeling macam dok kat apartment
yang tinggi-tinggi.
|
Get ready ke kelas. Teringat pulak zaman study dolu-dolu.
|
Makan makan makan. Im lovin it.. =)
|
Siap ada live band perform lagi time dinner tu. Sejuk halwa
telinga. Heh..
|
2 komentetar:
terus rasmi handbag baru ke?
harussss. hahaha..
Post a Comment