Yeayyy.. akhirnya yang diidam-idamkan dah dapat.
Apakah itu? Haruslah benda yang aku mengidam sangat nak makan dari 4,5 bulan
lepas. Bebola daging. Padahal ada jek jual kat giant. Beli yang frozen goreng sendiri
kat rumah. Tapi tekak tak nak kalah. Nak yang kat ikea punya jugak. Jadi menggigihkan
diri singgah di KL sebelum ke Genting.
Masa nak beli ni, aku dah cakap kat amie, nak
yang 20pcs punya. Tamak? Haruslah menjadi tamak sebab belum tentu lepas ni
boleh pergi lagi ke tak kan. Tapi amie pergi beli tambah lagi 10pcs punya. Pinggan
aku dah habis, tapi pinggan lagi satu tak habis. Setamak-tamak aku pun tak de
lah rakus sangat nak makan banyak-banyak and pantang aku kalau orang
paksa-paksa aku. Sendiri beli sendiri habiskan yek. Masa makan ni dia punya
nikmat tu tuhan jek lah yang tahu. Harap anak mummy nanti keluar tak meleleh
air liur yek.
Lepas makan, masa tinggal lebih kurang sejam
lagi sebelum tutup. Cepat-cepat gerak sebab jauh lagi perjalanan yang nak
ditawaf dalam tu. Alang-alang dah sampai, mesti lah nak membeli ye dak. Dah namanya
perempuan. Tak kan lah dah datang dari jauh-jauh tak membeli apa-apa kan. Aku memang
dah aimed nak cari kotak untuk letak bawak rak tv. Sekarang ni semua cd-cd dok
berlonggok jek bawah rak. Esok-esok kalau ada anak kecil, tak kan nak biarkan
macam tu. Dah lah rak tu tak berpintu. Jadinya harus cari kotak. Kalau ikutkan
amie, “kotak pun nak kene beli ke”. Hehe.. well u taulah isteri u ni kan. Harus
semua benda nak dibelinya tapi ada jek auditor yang mengaudit.
Lepas tu tengok senduk, sudu bagai. Tanya amie,
dia ok jek. Lagipun sudu kat rumah dah karat. Dah nama beli kat giant so tak
boleh nak expect lah kualiti dia kan. Pakai tak sampai setahun pun. Macam tahu-tahu
jek nak ke ikea, terus jadi berkarat sudu yang lama-lama tu. Hah sekali beli
dua kotak terus. Senang kalau orang datang ke kan. Tak de lah tak cukup sudu.
Bila nak ada anak ni, haruslah barang untuk anak
pun ada kan. Ambil selimut dengan bakul for baby. Very the cute one. Geram jek
tengok barang budak-budak semua yang colourful. Kalau ikutkan nafsu, aishh…
0 komentetar:
Post a Comment