instagrammers

Instagram

26.2.14

Penalti caj dari pemaju rumah

Baru semalam berangan-angan dengan rumah impiana.
Sekali dapat pulak perkhabaran.
Gumbira dan kurang gumbira.

Developer called bagitahu kunci dah ready anytime boleh ambil.
Yabedabedu.
Akhirnya setelah sekian lama tunggu.
Tak sabar hokeh.
Tapi yang tak bestnya adalah.
Kalau nak ambil kunci kena bayar penalty.
Ada penalty charge sebab bank lambat release payment pada pemaju.
Bila ditanya berapa amount.
Dia orang bagitahu 5k.
Apa????
Gulp gulp.
Nak telan air liur pun rasa pahit hokeh.

Tapi takde lah rasa gelabah sangat pun.
Sebab sebelum ni memang ramai orang yang datang ke ofis sebab masalah yang macam ni.
So kalau korang yang baru beli rumah dan kena masalah yang sama macam kami ni.
Korang boleh buat macam ni.

First sekali buat surat rayuan hantar kepada pemaju untuk minta pengurangan.
Kebiasaannya pemaju akan bagi je kurang jumlah denda tu.
Tapi amount tu bergantung jugaklah kepada pemaju.
Lepas dah dapat kurang, pejam mata jek lah bayar penalty tu.
Nak buat macam mana lagi kan.
Selagi tak bayar selagi tu lah tak akan dapat kunci rumah.

Selepas buat pembayaran dan dah ambil kunci rumah semua.
Resit bayaran tu bawak pergi Bank Negara bahagian LINK.
Buat aduan kat situ.
Tunjuk semua surat lo dari bank serta resit pembayaran semua.
Kalau betul memang salah bank sebab lambat release payment kepada pemaju.
Atau loyer bank yang lambat setelkan agreement semua.
Duit bayaran penalty tu boleh claim dengan bank or loyer tu tadi.
Tapi makan masa lah jugak.
Bukan mintak harini esok dah dapat.
Makan masa berbulan jugaklah.
Cuma kena keep in follow up kes tu.

Aku yang kerja dalam bidang ni memang tahu menda ni semua.
Cuma tok laki jek lah yang serabut kepala sebab memikir 5k yang bakal mengalir deras bagaikan empangan pecah.
5k tu banyak dia kata.
Boleh buat awning, tiles, wiring, grill bagai.

Hmm.
Keep calm and relax.
Insyaallah akan ada jalan bagi setiap permasalahan.




XOXO,
shakila

25.2.14

the ikea sale 2014


Stress betul bila buka blog sendiri.
Kan kat atas header tu ada keluar iklan.
“Quick, click for offers”
Lepas tu ada logo ikea.
Lepas klik tu, sendiri meroyan sebab tengok macam-macam benda sale.
Walaupun kebanyakkan barang tu tak ada lah penting mana pun.
Tapi dah nama pun pompuan.
Haruslah rambangggg mata.

Now mata dok aim katil single.
Konon berangan untuk Harz.
Tapi entah bila Harz nak start tidur sendiri pun tak tahu lagi.
Haha.
Tapi sebab murahhh.
Terus nafsu membuak-buak.

Banyak jugak lah barang lain yang sale.
Last year beli dalam 65.
Now tak sampai 50 pun.
Murah kan.
Stress mak encik.

Oh bila nak naik kl ni?!?
Hmm.
Mak encik nak sambung berangan lagi lah.
Bai.

XOXO,
shakila


10.2.14

Zoo Johor

Tak habis lagi cerita balik kampung.
Bizi bebenor mak encik.
Ok ni last.

Memang dah lama plan.
Nak bawak Harz pergi zoo.
Since dia suka tengok animal.
Tetiap petang kalau tok ki dia pergi tengok lembu sokmolah nak ikut.
Sampai dah kenal macam mana bunyi lembu.
Tapi lembu je lah yang ada.
Animal lain kalau nak tengok kena pergi zoo.
Tapi sini mana ada zoo.
Huhu. Sedih.

So alang-alang balik kampung tu.
Moh la menyinggah ke zoo.
Masa baru sampai tu Harz tengah tidur.
Mood pun agak ke laut sikit.
Bila dah tengok banyak binatang.
Enjin pun sudah panas.
Barulah start keterujaan dia.

Kami pergi dengan family along.
Aku kalau kemana-mana memang suka je ramai-ramai.
Baru happening.
Kalau pergi bertiga je macam tak feel.


Kemain happy lagi harz masa ni

Tinggi betul unta ni. Dah macam giraffe dah. Harz kemain lagi suka nau nak mencapai leher unta ni

Harz nak bagi makan tiger ke atau nak jadi makanan tiger tu. Masukkan kepala kat celah tiang tu lepas tu melalak sebab terseangkut susah nak keluarkan balik. Haha

Kemain excited dapat tengok lembu. Terus buat bunyi boo boo. Ingat lembu ki ler tu


Semua benda best kat sini. Kecuali satu jek. Tempat ni tak stroller friendly. Letih nak kena mengangkut turun naik tangga mende alah ni. Berat hokeh. Kalau tau awal-awal memang pakai sling jek senang.




Kat sini boleh ride kuda. Charge rm4 sekali naik. Tapi procedure dia sekali tunggang sorang jek boleh naik. Kiranya kalau baya harz memang tak lepas lah melainkan dia pandai duduk atas kuda tu dengan sendirinya. So harz melopong jek lah tengok abang boy dia naik kuda. Huhu. Tak apa lah harz. Next year ummi bawak pergi zoo lagi k. next aim is zoo negara. Yeayyy..


video

Video ni masa baru memula sampai. Mood pun tak warm up lagi. Duduk dendiam jek dalam stroller tu.

video

Tengok monkey si montot merah

video

The lion king

video

Budak lain kemain takut nak dekat dengan unta ni. Tapi harz ni rilek je siap nak mencapai muka unta tu. Aku rasa kot dia dapat pirah tu terbang dari unta tu masuk ke telinga harz time tu. Haha.

video

Ok. Time ni dah nak balik. We really had fun there. Satu pengalaman baru untuk kami sefamily. Rasanya kalau tak ada anak kecil, mungkin sampai bila-bila tak jejak kaki ke zoo. Kan.


Till we meet again. Bye.


XOXO,
shakila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...