Hari kedua ni, lepas subuh terus bangun. Takde dah nak
pending-pending mata ni kata 5 minit 5 minit. Nak kejar ke makan punya pasal. Takut
tak sempat macam dinner malam semalamnya. Uishh buruk bebenor perangai mak
buyong ni kalau diingatkan balik. Tapi takpe boleh buat alasan. Kata bukan aku
yang nak sangat makan ni semua tapi anak dalam perut ni hah. Haha. Boleh gitu? Bangun
pepagi ni rasa bercinta pulak tang nak mandi tu. Aku satu jek tak berkenan is
dalam bilir air dia tu takde shower area. Yang ada cuma bathtub. Satu pekerjaan
pulak aku nak kena mamanjat bathtub tu hari-hari. Risau jek takut licin ke apa kan.
Setel breakfast dengan amannya tanpa perlu
gelojoh-gelojoh makan, aktiviti seterusnya ada senamrobik. Nak ke taman nun di
atas bukit tu pulak. Committee member memang selalu jek offer aku naik buggy
tapi amie pulak bunyi elok exercise berjalan nak-nak time lepas makan ni. Baiklah
marilah kita berjalan slow-slow naik bukit merentas desa semua. Lepas aktiviti
senam-senam tu, ada aktiviti sukan pulak untuk the whole family. Part yang ni
aku wakilkan amie jek lah. Heh. Aku hanya mampu jadi tukang sorak saje.
Siap aktiviti semua, lunch. Lepas tu ada masa
sekejap sebelum aku proceed to the other class. So mencuri masa lah sekejap
untuk naik ke atas lagi. Atas mana? Atas genting nun. Awana ni boleh dikatakan
di tengah-tengah genting tu. Tak sampai lagi ke atas tempat orang main ride tu
semua. Untuk naik ke atas tu, ada lah dalam 10 minit lagi by car. Alang-alang
dah pergi ke genting ni, nak jugak tengok apa yang ada kat atas tu kan. Masa sampai
kat atas ni, kereta sangatlah banyak. Parking penuh. Jalan bersimpang siur. Pening
okeh. Tak tahu nak pergi mana dah. Sampai-sampai jek kami nampak First World
Hotel. So proceed jek ke situ. Parking adalah sangat jauh okeh. Maybe sebab
weekend plus public holiday kan. Gigih aku berjalan dari parking nak ke sana. Masa
kat luar ni, pemandangan sangatlah berkabus sampai tak nampak apa-apa. Sejuk. Tapi
bila dah masuk dalam hotel tu, takdelah sejuk sangat pun. Masa kat dalam ni, tak
ada kemana sangat. Cuma jalan-jalan, tengok-tengok, pusing-pusing, ambil
gambar, dah balik. Haha. Tak sampai 2 jam pun rasanya. Sebabnya nak main
menda-menda tu semua pun condition aku tak mengizinkan. Pulak tu berkejar sebab
ada next class yang aku kena attend. Jadilah. Janji merasa tengok menda tu
semua kan.
Balik Awana semula, terus attend kelas
seterusnya sampai pukul 6 lebih. Habis kelas nak kena bersiap-siap pulak sebab
pukul 8 ada acara yang ditunggu-tunggu. Apa lagi? Annual dinner lah. Tema malam
tu glitz and glamour. Kena pakai baju bling-bling ni kalau nak letak harapan
untuk best dress. Tapi aku takdelah sampai macam tu sekali. Pakai jek baju apa
yang ada. Kosser lah nak berlawa sangat dengan perut memboyot gini. Masa time
register tu aku nampak dieorang bagi paperbag coach setiap sorang. Dalam hati
ni kata, uishh ada beg jurulatih ke dalam tu. Syiok nye. Sekali bukak paperbag
tu nan ado. Ada barang kristal lah. Haha.
Masa time register tu, kita kena isi form untuk
lucky draw. Hadiah cuma ada 50 tapi staff ada lebih kurang 150. So maksudnya
tak semua yang akan dapat nanti. Masa nak letak form tu dalam balang, aku siap
tiup fuh-fuh lagi mintak supaya nama aku naik. Haha. Takdelah berharap sangat
tapi kalau dah rezeki kita terima ye dakkk. Hiks..
Masa nak start tu, dieorang announce emcee
jemputan. Acappan dengan Isma. Aku ingatkan Isma AF yang perempuan tu. Sekali Isma
yang pelakon lelaki dulu-dulu tu. Haha hampeh. Nasib kelakar jugak orangnya. Kiranya
menjadilah majlis yang dieorang bawak ni. Habis dinner nak dekat pukul 12 dah
time tu. Aku memang serius dah tak larat dah. Mana taknya start dari subuh kot
berjaga ni. Ni esoknya nak kena bangun awal jugak untuk aktiviti seterusnya. So
terus balik ke bilik. Yang lain aku tengok tengah sakan dok bergambar. Dieorang
takpelah, memang dah kenal kan. Aku ni yang tak berapa nak kenal orang sangat,
tak kan tetiba nak nyelit pulak kan. So balik ke bilik lah kita. Time for Zzz..
Pemandangan dari tingkat 22
|
Muka happy baru lepas breakfast
|
Tengok tu. Sangat jauh ok nak naik ke atas tu. Tapi doc cakap
berjalan is a good exercise.
|
Hah sikit lagi nak sampai tu
|
Sorak pom pom jek yang mampu
|
Acara kanak-kanak
|
Amie pun join gak. Main tiup-tiup tepung.
|
Suka bebenor bila team dia menang.
|
Yeayyy dapat goodie bag
|
Berlakon jek ni. Tumpang posing.
|
Dekat entrance hotel
|
Depan hotel first world. Sejuk grrr time ni.
|
Rilek jek dia ni takde rasa sejuk ke apa ke.
|
Pelan taman tema
|
Feeling eifel im in love
|
Snowing snowing. Macam syiok jek. Tapi tak masuk pun.
|
Kat dalam time square masa ni.
|
Sessi red carpet
|
Acara pembukaan
|
Dapat dok meja depan sekali. Untunglaaaa…
|
Acappan & Isma in da house.
|
Variety of food. Saya sudah jatuh cinta.
|
Ouh haruskah gangnam menjadi fenomena??
|
Top 3 best dress.
|
Muka ada sinyum. =)
|
0 komentetar:
Post a Comment