instagrammers

Instagram

30.4.13

Jom balik mengundi #PRU13





Esok dah start public holiday labour's day. Mesti ada yang dah balik kampung untuk mengundi hujung minggu ni kan. Part mengundi yang paling best sekali pada aku is perang bendera. Merata-rata kat jalan raya ada. Aku paling suka cari bendera unik time kami travel pergi ulang alik kerja yang mahu makan berjam-jam perjalanannya. Hari-hari ada jek benda baru yang kami jumpa. Kami pergi balik ikut jalan yang berlainan. Pergi ikut jalan kampung. Balik ikut jalan biasa. So lagi luaslahkan mata memandang. Kat tempat korang happening macam ni tak?


Tapi yang paling nakal sekali…




 p/s : sumber googles yek. Idoklah teman rajin nak duduk tepi jalan amek gambo satu-satu gini ghope



          XOXO

29.4.13

Hariz 5 bulan

Sekejapan jek masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah besar budak Harz ni. Kalau dulu diam jek dok dalam bedung. Sekarang ni dah tak reti duduk diam. Banyak betul akal dia. Macam biasa bila nak masuk bulan Harz pasrah jek lah tadah peha dia untuk kena cucuk dan setiap kali tu jugaklah dia melalak. Tapi sekejap jek lah. Pujuk-pujuk dah okeh balik. Milestone dia sepanjang kelahiran dia pada bulan kelima ni :

Kalau bulan lepas dah pandai pusingkan badan dia nak meniarap, bulan ni dah pandai mengesot. Tapi gostan la. Laju jek. Aseklah nak undur. Kedepan belum boleh lagi tme ni.

Kalau bulan lepas suka bebenau masuk penumbuk dalam mulut. Tapi bulan ni kakilah pulak. Abis kiri kanan kaki seme ditarik bawak masuk mulut. Adeh Harz. Ummi mu ni tak larat lagi nak beranak. Sakit haritu pun tak habis lagi nak oiii.

Masih lagi peminat susu ummi yang tegar. Kalau minum df tu suka sangat minum sekejap-sekejap. Sekejap hisap sekejap lepas. Belum bagi lagi makan time ni. Usus belum matang lagi katanya.

Sangat-sangat cheeky. Kalau sengih tu boleh bikin hati ini cair. Tu time dia tengah comel lah. Tapi bila datang moody dia, mengamuk nak tidur, dah tak berapa nak comel sangat.

Dah start kenal orang. Kalau jumpa orang yang baru-baru dia kenal, mula buat muka penakut. Time pergi rumah member yang dia tak pernah jumpa sebelum ni, masuk jek rumah orang tu, orang tu tegur dak Harz ni mulalah melalak satu rumah. Drama sangat.

Pantang tengok pintu rumah tokma dia terbukak. Suka nau ajak orang keluar rumah. Bila dah duduk kat luar rumah, berjam-jam pun takpe. Ralit tengok orang lalu lalang. Tak buat apa pun cuma tengok orang jek, tapi dia boleh berpeluh macamkan berjogging.


         XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...