instagrammers

Instagram

30.3.13

Happy Birthday Kila!




Harini 30.03.2013 harijadi kittew. Selamat harijadi kepada diri sendiri yang ke *uhuk* dua *uhuk* puluh *uhuk* lapan. Hoiii sekejapan jek masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah jadi mak orang. Tahun ni tahun yang sangat best sebab dapat tengok anak membesar depan mata sendiri. Sesungguhnya bukan senang nak jadi seorang ibu ni tau. Dan barulah sekarang ni aku paham perasaan mak aku dan jugak mak mertua aku.

Sendiri punya birthday, sendiri nak wish. Pun boleh. Wish aku tahun ni semoga family aku berada dalam keadaan sihat walafiat, dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Semoga Hariz membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh. Semoga suami sentiasa memelihara keluarga kami. Semoga mak abah, mertua sentiasa berada dalam kesihatan yang baik.

Sendiri punya birthday, sendiri nak bagi present. Pun boleh jugak. Tahun ni dapat hadiah yang best. Semoga hadiah ni dapat memberi manfaat pada keluarga kami terutama sekali Hariz. Nanti bila dah pakai hadiah ni nanti kita buat review ehh.. : )



28.3.13

Baby Bullet




Hoooiii kenapalah kau ni sangat menawan sehingga buat hatiku tertawan hah. Blender pun boleh jadikan hati aku tak keruan sekarang ni. Haha. Tak lama lagi Hariz dah boleh start makan solid food. Tak lama dah. Dalam 2-3 minggu jek lagi. As for beginner ni, aku nak introduce kat dia puri buah dulu. Lepas tu slow-slow try bubur nasi pulak. So untuk merealisasikan semua tu *ecewah ayat*, mestilah kita perlukan blender kan. Tak kan nak lenyek-lenyek guna sudu jek. Omak kau tak sempat nak buat macam tu Hariz. Sekarang ni pun pergi kerja sokmolah sampai lambat. Sob sob..

Masih lagi berkira-kira perlu beli ke idak. Kalau nak guna blender yang sedia ada kat rumah tu boleh jek sebenarnya. Tapi still nak kena cari compartment-compartment kecil untuk simpan solid food dia. And if possible aku sendiri yang nak masak untuk makanan harian Hariz. Orang kata air tangan ibu yang terbaik kan. So nanti kalau tokmanya nanti nak bagi makan, tinggal panaskan dalam warmer jek. Semudah ABC. Tak gittew.


27.3.13

Yippie-i untuk Hariz



Haritu masa buat majlis korban aqiqah Hariz, kira banyak jugaklah Hariz dapat sumbangan dari orang ramai. Syukur Alhamdulillah. Dan semua sumbangan tu dah selamat di bank in kedalam akaun Maybank. Untung betul budak zaman sekarang. Baru lahir jek makpaknya dah bukakkan akaun. Aku ni dulu dah masuk sekolah barulah merasa dapat akaun bank sendiri. Tu pun sebab nak terima biasiswa punya pasal. Kalau tak, memang tak lah kan. Tunggu kerja sendiri jek lah jawabnya baru merasa. Tu beza orang dulu dengan zaman sekarang kan. Mungkin dedulu kurang kesedaran dalam bab menyimpan ni. Sekarang ni bila diri sendiri dah kerja dengan company financial management, so bolehlah serba sikit planning untuk family. Tu pun ikut kemampuan jek lah. Kami ni pun bukan orang ada-ada sangat.


Panjang pulak mukadimah kita harini khennn. Ok ke tajuk utama. Aku pilih akaun maybank untuk bukak akaun Hariz. So semua duit yang orang bagi memang kami laki bini tak sentuh. Dah namanya orang bagi pada Hariz, so kenalah simpan untuk dia. Harap-harap bermanfaat untuk dia pada masa hadapan. Akaun ni kalau untuk kids ialah Yippie-i. minimum kena ada 300 kalau nak bukak akaun. Tapi masa kami pergi tu dieorang ada buat promosi. Serendah RM30 saving dah boleh bukak akaun. Plus dapat tabung as a gift. So lepas ni bolehlah menabung pulak.

Cerita pasal majlis aqiqah, rupanya aku tak update pun dalam blog. Sebab gambar semua dok dalam camera. Malas betul nak bertransfer gambar bagai. Takpe. Nanti kita cari waktu rajin kita, akan ku up jugak entri itu. Untuk kenangan Hariz bila dia dah besar nanti. Suatu hari nanti bolehlah dia cakap “ohhh macamnilah ghopernya aku masa kena potong rambutku yang tak berapa nak ada ni” heuw heuw heuw..


26.3.13

Shopping Online IKEA



“Jom ke ikea, kita kesana”. Asal bukak radio jek mesti dengar lagu ni. Kan sekarang ni tengah sale kan. Bestkan kalau rumah dekat jek dengan ikea.  Sighhh..

Ni kira macam shopping online jugaklah sebab time akak pergi haritu kirim kat dia and buat payment thru online banking. Sama macam kaedah online shopping jugak. Masa nak beli tu, whatsapp dia gambar item dalam katalog. Senang sikit dia nak mencari kod item tu.

Haritu akak sefamily balik kampung. Barang yang dikirim pun dapat. Weeee. Sangat suka. Tak sabar nak tunggu Hariz boleh duduk. Nanti boleh guna time feed dia solid food bulan depan. Memula berangan nak beli bumbo seat. Tapi mak haih mahal nak mam. Macam dah boleh beli set kerusi meja makan terus. Membazior jek kan.

So kebetulan ikea tengah sale. And kebetulan akak nak pergi ke ikea. And kebetulan akak nak balik kampung. And kebetulan Hariz takde kerusi lagi time feeding. Maka haruslah terbeli. Sangat-sangat murah. Mak sukaaaa…


TQ akak sebab tolong belikan. Next time kalau nak pergi lagi habaq mai na. hee.. :)



24.3.13

Aktiviti hujung minggu



Jumaat haritu ada kenduri kahwin adik kawan kat area Batu Rakit. Petang sikit baru gerak dari rumah sebab amie kerja haritu. Tapi best gak pergi petang-petang ni sebab cuaca dah redup sikit time tu. Plus jemputan pun dah tak berapa nak ramai sangat. So takdelah berlengas-lengas dengan ramai orang kan. Cuma yang tak bestnya bila lauk pauk dah tinggal sikit. Makan jek lah apa yang ada.

Time otw nak pergi tu, Hariz macam biasalah. Masuk jek kereta, terus zass tidur. Baru nak melenakan diri, sekali dah sampai pulak. Memang confirm terbangun bila kereta dah stop. Lepas tu cranky buat hal serba tak kena. Aku syak dia tak puas tidur. Makan laju-laju, borak sikit-sikit terus ajak amie balik sebab macam tak syok je anak buat hal kat rumah orang kan. Nak bergambar kat pelamin pun tak sempat.

Masa nak sampai tu kami terus masuk rumah jumpa pengantin. Hariz biasalah dia. Kalau tengok orang yang dia tak kenal, mulalah buat drama. Melalak satu rumah. Kelakar sangat rasa. Ada sekali tu masa pergi birthday party anak kawan, masuk jek rumah orang tu, tetiba nangis tak tentu pasal. Kaget agaknya. Haha hariz hariz. Harini pun akak kata bila Hariz tengok deme kat rumah, bila ditegur terus buat muka cuak. Drama sangat.

Ok sambung cerita. Petang tu chik whatsapp gambar diapers tengah on sale kat giant baru gong badak tu. Alang-alang kami dah ada kat area situ terus menyinggah kejap. Kebetulan memang stok diapers Hariz dah nak habis. Plus haritujalan-jalan kat situ tak sempat nak tawaf setiap ceruk sebab Hariz dah mengaji nak ajak balik. Ingat haritu pergi sempatlah jugak nak pusing keliling. Nan hadooo. Bila anak dah cranky sebab tak cukup tidur, rasa macam nightmare bila bawak dia berjalan. Beli apa yang perlu, terus bayar and balik. Takde der nak pergi belek-belek baju barang selai dua. Balik masuk jek kereta terus mentidur sampailah kat rumah.


Cranky sebab nak tidur. End up ambil dukung dia sambil tangan sebelah tolak stroller kosong. Ye syabas anak kerana menaikkan muscle ummi!
Esoknya sabtu dok rumah jek setelkan laundry yang dah menggunung tinggal nak meletus jek. Main-main dengan Hariz memang tak sedar masa berjalan habis cuti sehari tu. Petang tu bapaknya ajak pergi tepi pantai ambil angin. Huh kosserlah nak pergi. Siapa nak melipat kain baju ni semua. Ofcozlah mak jugek khenn. End up bapaknya bawak berjalan depan rumah jek. Selalunya tetiap petang tu ramai jek jiran-jiran bawak anak main-main kat depan rumah. Ada tu siap bawak anak dalam stroller. Tolaklah deme keliling taman ni.

Puas main kat depan rumah, mandi terus mentidur sampai pagi ni. Sedar-sedar dah kat rumah tokma. Sampai jek terus abang bukak pintu. Kasi Hariz kat abang, eh tak nangislah pulak dia. Pelik ni. Hehe. Eh Hariz nak panggil abang n akak apa ekk?


Kalau hari-hari tak kerja macam ni kan best boleh bergalok-galok ngan Hariz 24/7 pun takpe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...