instagrammers

Instagram

27.9.12

Checklist kelengkapan barang baby



Sebenarnya harini tak tahu nak update cerita apa. Belek-belek henpon tengok gambar apa yang boleh dijadikan bahan. Kebanyakkan gambar dalm henpon ni is gambar barang baby. Ni belum ada baby, gasaklah ambil gambar barang-barang jek dulu. Esok-esok dah ada baby, penuh dengan gambar baby pulak ye dak. Hehe.

Dulu pernah sekali update checklist barang baby kan. Tapi time tu baru beli sikit-sikit jek dulu. Sekarang ni aku rasa alhamdulillah kalau ikut checklist semua dah complete. Kira macam tak ada lah beli tanpa usul periksa ke, ikut nafsu ke. Semua barang tu memang dah distudy and ada kegunaan dia. Cuma wishlist jek yang tak lengkap lagi. Hah yang ni memang boleh dikira nafsu. Ekekeke.

Barang-barang ni semua aku beli since aku pregnant bulan ke-5. Orang kata awal sangat beli, tapi pada aku eloklah beli sikit-sikit dulu. Tak lah rasa duit tu keluar sekaligus banyak gitu kan. Setiap bulan beli satu dua item. Lagipun kalau nak tunggu bulan ke-7 tu rasa macam dah tak larat nak berjalan survey dari satu kedai ke satu kedai. patah pinggang woo.

Hmm mommy-mommy sekalian tolonglah tengokkan kalau-kalau ada yang aku terlepas pandang kan. Maklumlah baru first time nak jadi mommy memang tak akan perfect kan. List ni aku buat dalam excel siap dengan harga sekali. Senang untuk rujukan aku nanti kalau-kalau ada anak yang nombor 2 ke 3 ke 4 ke 5 ke. Ewahh ko.. verangans sampai nak 5. Haha. Eh tapi harga tu aku cropkan. Rujukan untuk aku sorang jek. Senang nanti nak buat perbandingan kan. Terpulang pada masing-masing nak beli yang murah ke yang mahal ke. Tepuk poket tanya duit. Hee.

Yang dalam list ni, semua yang aku beli sendiri lah. Ada jugak yang orang bagi. Macam baju-baju banyak disponsor dari biras aku, akak. Tapi baju-baju tu mostly untuk 6 bulan ke atas. So aku cuma beli baju newborn dalam 4,5 pasang jek. Akak jugak ada kasi botol TT. Lepas tu aku nak booking carrier akak. Hehe. tak ambil lagi. Cop jek dulu. Takut akak jual kat online. Adir ipar, nana pun ada bagi present baju masa pergi KL haritu. Siap nak bagi playpen lagi suruh bawak balik Terengganu. Tapi bonet kami adalah penuh. Jadinya masih pending lagi. Lagi ada bagi guna breastpump madela, bedung, bengkung baby ngan mak baby. Car seat pun katanya nak bagi guna juga tapi tu terpulang pada amie. Aku ikut jek kata suami. Heh. Murah rezeki baby..

 

































4 komentetar:

~ana~ said...

nail clipper dah beli akhir nya..hahahah

shakila mubarak said...

tu lah. tp tu pun ade sound effect "guna jek sepit kuku yg ade kat rumah". aishh poneng den nk kene explain..

Mrs King said...

hehehehe... set bersalin NR tu beli dgn akak yerk... thanks yerk beli...

shakila mubarak said...

haah. beli dgn akak. hehe. tq. servis sgt excellent. pantas dan tuntas. murah pun murah. byk free gift pulak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...