instagrammers

Instagram

27.9.12

Checklist kelengkapan barang baby



Sebenarnya harini tak tahu nak update cerita apa. Belek-belek henpon tengok gambar apa yang boleh dijadikan bahan. Kebanyakkan gambar dalm henpon ni is gambar barang baby. Ni belum ada baby, gasaklah ambil gambar barang-barang jek dulu. Esok-esok dah ada baby, penuh dengan gambar baby pulak ye dak. Hehe.

Dulu pernah sekali update checklist barang baby kan. Tapi time tu baru beli sikit-sikit jek dulu. Sekarang ni aku rasa alhamdulillah kalau ikut checklist semua dah complete. Kira macam tak ada lah beli tanpa usul periksa ke, ikut nafsu ke. Semua barang tu memang dah distudy and ada kegunaan dia. Cuma wishlist jek yang tak lengkap lagi. Hah yang ni memang boleh dikira nafsu. Ekekeke.

Barang-barang ni semua aku beli since aku pregnant bulan ke-5. Orang kata awal sangat beli, tapi pada aku eloklah beli sikit-sikit dulu. Tak lah rasa duit tu keluar sekaligus banyak gitu kan. Setiap bulan beli satu dua item. Lagipun kalau nak tunggu bulan ke-7 tu rasa macam dah tak larat nak berjalan survey dari satu kedai ke satu kedai. patah pinggang woo.

Hmm mommy-mommy sekalian tolonglah tengokkan kalau-kalau ada yang aku terlepas pandang kan. Maklumlah baru first time nak jadi mommy memang tak akan perfect kan. List ni aku buat dalam excel siap dengan harga sekali. Senang untuk rujukan aku nanti kalau-kalau ada anak yang nombor 2 ke 3 ke 4 ke 5 ke. Ewahh ko.. verangans sampai nak 5. Haha. Eh tapi harga tu aku cropkan. Rujukan untuk aku sorang jek. Senang nanti nak buat perbandingan kan. Terpulang pada masing-masing nak beli yang murah ke yang mahal ke. Tepuk poket tanya duit. Hee.

Yang dalam list ni, semua yang aku beli sendiri lah. Ada jugak yang orang bagi. Macam baju-baju banyak disponsor dari biras aku, akak. Tapi baju-baju tu mostly untuk 6 bulan ke atas. So aku cuma beli baju newborn dalam 4,5 pasang jek. Akak jugak ada kasi botol TT. Lepas tu aku nak booking carrier akak. Hehe. tak ambil lagi. Cop jek dulu. Takut akak jual kat online. Adir ipar, nana pun ada bagi present baju masa pergi KL haritu. Siap nak bagi playpen lagi suruh bawak balik Terengganu. Tapi bonet kami adalah penuh. Jadinya masih pending lagi. Lagi ada bagi guna breastpump madela, bedung, bengkung baby ngan mak baby. Car seat pun katanya nak bagi guna juga tapi tu terpulang pada amie. Aku ikut jek kata suami. Heh. Murah rezeki baby..

 

































26.9.12

Tanda Mengandungkan Bayi Lelaki atau Perempuan






Tanda Mengandungkan Bayi Lelaki

·         Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Ada lah jugak rasa alahan sikit-sikit. Tipu sangat kalau dah kata ngandung tu tak ada morning sickness kan. Ehh tapi aku tak morning sickness, selalunya evening sickness. Tapi tu time trimester pertama lah

·         Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
Yang ni tak pernak pulak kira

·         Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
Sangat-sangat berat. Uhh..

·         Perut anda kelihatan bulat sempurna
Betul

·         Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Mungkin ya

·         Bentuk perut condong ke arah bawah
Sangat setuju

·         Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka suka suka

·         Suka makan daging dan keju
Betul betul betul. Nak-nak chesse cake. Yummy..

·         Tapak kaki selalu berasa sejuk
Yang ni macam tak betul. Sebab selalu aku rasa panas jek satu badan

·         Tangan selalu kekeringan
Yang ni betul. Puaslah dok pakai lotion, minyak zaitun semua. Tak jadi apa jugak

·         Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
Ada betulnya jugak

·         Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
Yang ni sangatlah betul sampai amie dah komplen dia gemuk sekarang. Haha. Apa kena mengena pun aku tak tahu

·         Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
Yang ni rasa macam tak. Sebab tak ada orang puji pun dan aku sendiri pun rasa tak

·         Hidung tampak lebih mekar
Yang ni memang betul sebab ramai dah orang tegur. Katanya hidung dah semakin bulat dan sembab. Haha

·         Selalu sakit kepala
Tak jugak


Tanda Mengandungkan Bayi Perempuan

·         Mengalami morning sickness di awal kehamilan
Tak jugak

·         Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
Tak ada jugak. Berat tang perut tu jek lah

·         Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Tak jugak

·         Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
Adalah tidak sama sekali

·         Bentuk perut condong ke arah atas
Condong ke bawah adalah

·         Perut tampak agak lonjong
Tidak

·         Mengidam makanan yang manis
Tidak

·         Sukakan buah-buahan
Terpaksa kena makan adalah. Suka tu tidaklah

·         Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Tak jugak

·         Anda lebih cerewet semasa hamil
Tak ngandung pun cerewet jugak. Haha

·         Mudah moody berbanding sebelumnya
Kadang-kadang nak ngengada sikit. Ahaks

·         Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tak juga

·         Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Tak juga

·         Payudara kelihatan mengembang
Tak pasti. Haha

·         Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
Kadang-kadang

25.9.12

TFR 2012 Day 3



Hari ketiga ada telematch. Pukul 8. So kena breakfast pukul 7. Merasa lagi bangun pukul 6. Huwaaa. Dah lah malam semalam balik bilik dah pukul 12 lebih macam tu. Serius aku rasa macam letih. Tapi tetap gagahkan diri.

Telematch pagi ni dibahagikan dengan 4 warna kumpulan. Aku dengan amie geng kumpulan merah. So pakai baju pun kaler merah lah kan. Memula tu team kena buat bendera lah, lagu lah, dance lah yang mewakilkan team masing-masing. Amie ada gak tolong sikit-sikit. Aku pun ada. Tolong tengok. Hewhew. Dah itu jek yang mampu. Ada sorang tu dalam team ni sangatlah kreatif. Rilek jek dia lukis gambar naga kat kain bendera tu. Kononnya macam Red Dragon lah. Tapi menjadi okeh. Kagum aku.

Lepas tu kan kena nyanyi kata-kata semangat siap berjoget bagai. Juri kira ikut mana yang paling bersemangat. Aku rasa macam team merah punya lagu and dance tu macam dah best. Tapi sebabkan team purple lagi kuat meriuhkan suasana, so untuk acara tu team dieorang menang. Team kami no.2 jek.

Lepas tu pergi ke kawasan lapang sikit untuk acara seterusnya. Sepatutnya main kat luar, tapi disebabkan hujan plus berkabus semua, kita main kat indoor recreation area jek. Permainan macam biasa lah. Standard sukaneka semua. At the end, team kami dapat no.2. dapat lah hadiah voucher makan KFC dengan Pizza setiap sorang. 

Habis game nak dekat pukul 12 lebih dah time tu. Kena rushing naik ke bilik sebab key card bilik sampai pukul 1 jek. Sekali bila sampai kat tempat lift, hamek kau, punyalah ramai jugak yang menyerbu nak naik ke bilik. Tunggu lift lebih kurang setengah jam baru lah dapat masuk. Kemas-kemas barang, siap-siap terus check out. Nak turun ke bawah pun satu hal. Kan bilik kat tingkat 22. Tekan butang lift dah kena tunguu 5 minit nak terbukak lift tu. Bila dah bukak pintu lift, orang pulak penuh dalam tu. Semua pakat nak check out belaka. Ada lah dalam 7-8 kali pintu lift tu terbukak tapi kami tak muat nak masuk sebab lift penuh dengan orang-orangnya lagi dengan luggagenya lagi. Tak kan nak gigihkan diri turun guna tangga. Nak taknak kena tunngu. Duduk depan lift jek makan masa 45 minit. Huhu.

Lepas setel check out semua, naik KL semula kejap. Hmm macam tu lah berakhirnya 3 hari kursus plus macam-macam aktiviti di Genting. Kalau nak ikutkan memang penat tapi kalau nak pergi bermalas-malasan tu kena pergi sendirilah jawabnya ye dak. Keluar modal semua sendiri kan..


Berseni kan dia

Tukang tengok

Macam ada belon dalam baju

Ready for sorak-sorak

Bendera tengkorak ok. Gerun.

Semangat tukang sorak

Game terompah

game belon lekap di badan

Main passing getah guna straw

Go Red Dragon go!

Acara membuat maskot team

Dapat no.2. Jadilahhh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...