instagrammers

Instagram

1.10.12

extra careful pleaseee!!!





Bukak fb pagi-pagi tadi nampak ada status ni kat wall. Status ni di up oleh salah seorang sepupu amie. Memula tu ingatkan dia ni main forward or sharekan status orang lain. Rupa-rupanya memang dia sendiri yang tulis status tu. Maknanya kejadian ni memang betul-betul berlaku pada salah seorang ahli keluarga dia lah. Sangat tragis kan.

Kalau aku, tak tahulah macamana nak hadapi semuanya. Gila kau, tetiba kereta kita orang lain bawak lari siap angkut dengan anak-anak sekali. Mahu meroyan jawabnya. Tapi ni nasib baik orang jahat tu tinggalkan bebudak tepi jalan kan. Ishh mintak simpang berlaku yang bukan-bukan. Zaman sekarang ni memang kena extra berhati-hati even depan rumah sendiri. Mungkin orang jahat tu dah lama dok perati kan kita dan tunggu masa jek.

Aku ni even laki aku berhenti kereta dekat stesyen minyak nak pergi bahagian pam yang beberapa langkah tu pun, aku selalu lock kereta dari dalam. Bahaya kot. Mana tahu tetiba jek ada orang masuk kereta kita and acu pisau ke apa ke kan. Kalau boleh memang mintak dijauhkanlah semua tu, so better mencegah dari merawat. Better nak tinggalkan kereta even beberapa second pun, lock jek kereta tu. Kalau tinggalkan anak kecil tu, ajarlah anak macamana nak lock or unlock kereta tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...