instagrammers

Instagram

2.7.12

Checklist for baby & mommy


Kalau tengok pada checklist ni, banyak gila rupanya nak kena dibeli kan. Pening. Ingat nak ada anak ni senang jek. Baju, pampers, botol susu. Dah cukup. Tapi rupanya... berjela okeh checklist dia. Bukanlah nak kena ikut 100% list ni. Tapi lebih kepada ikut kemampuan kita. Tapi kenkadang tu ada jugak terikut nafsu. Bukan apa, rambang mata kot bila tengok barang-barang comel. Dedulu masa single, sibuk dok shopping kasut ke handbag ke. Ni dah nak ada anak, hari-hari dok tengok barang baby kat online. Serious rasa rambang jek biji mata ni. Tapi kalau ikutkan laki den, dia suruh hold jek dulu. Jangan eksaited sangat nak beli. Tapi pada aku, tak salah kalau kita beli sikit-sikit. Bulan ni sikit, bulan depan sikit. Barulah tak terasa duit mengalir macam air one shot gitu kan. Lagipun dengan adanya list gini, kita boleh buat budget dah. Okeh bulan ni nak spend berapa RM, bulan depan berapa. Kan. Lagipun penting ada list macam ni. Benda yang kita tak tahu baby nak kena pakai, kita boleh jadi tahu. So otomatik kita akan standbykan barang tu. Takdelah nak kena beli last-last minit sebab tak tahu pasal barang tu kan. Lagipun kat tempat area kami tinggal ni bukan banyak sangat kedai baby. So kalau nak beli kena cari luar kawasan or beli online. Kan susah tu kalau last minit. Buatnya aku nak terberanak awal ke or di hujung-hujung pregnancy tu dah tak larat nak berjalan ke. So tak salah pada aku kalau kita prepare awal kan. Hah jom tengok list-list ni. Sebenarnya banyak gak list yang aku search. Dah kumpul semua, aku akan compared mana yang patut dan tak patut. Tapi yang ni aku ambil format pdf, senang sikit nak tepek kat sini.


Baju ni aku beli tak banyak pun. Ada lah dalam 5 pasang gitu. Lagipun baju adam yang akak bagi tu super banyak. Tapi yang tu bukanlah untuk newborn. Tapi ok jek. Sebab baby ni kan cepat besar. Baru umur sebulan dua dah boleh pakai baju untuk tiga ke empat bulan. So pada aku sangat membazir beli baju untuk newborn. Kalau nak tambah lagi, aku ingat nak beli rompers. Tapi nak kena hold dulu sebab nak confirmkan gender dulu. Barulah seronok memilih kaler yang berbagai rupa sehingga merambangkan biji mata.


Bab feeding ni memang aku lemah sikit. Sebab aku memang zero knowledge. Puaslah dok baca blog ibu-ibu yang bf secara exclusive ni. Niat dihati ni memang nak tapi tengok macam leceh. Nak kena pam lepas tu stock up nak kena efisyen. Breastpump pun harga mak oi. Ingatkan dalam seratus lebih jek. Rupanya tak terjangkau dek akalku. Ada yang sampai riburiban pun ada. Bab pam ni memang ingat nak hold dulu. Nak tengok kuantiti pengeluaran esok lepas beranak. Kalau tahap pengeluaran melebihi permintaan, bolehlah suruh laki den pergi beli. Buat masa sekarang ni, aku ingat nak survey-survey lagi. Sebab banyak jenis. Contohnya macam avent. Tu baru nama brand, belum lagi model dia. Ada banyak jenis model. Pening.


Diapering ni pun satu hal. Banyak kot jenis pampers. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab still tak tahu kulit anak tu serasi dengan yang mana. Lampin dengan cloth diapers memang out of list sebab macam leceh jek nak cuci-cuci ni. Aku memang salutelah siapa yang menjaga alam sekitar dengan tak menggunakan lampin pakai buang. Setakat ni semua kat diapering list ni dah beli kecuali pampers dengan detergent untuk baju baby. Tapi eh boleh ke kalau kita guna detergent yang kita basuh baju kita tu untuk baju baby. Ke tak boleh?


Toiletries ni aku beli yang pack untuk travel tu. Pilih botol kecil-kecil sebab takut beli yang besar nanti buatnya kulit anak sensitif tak sesuai pakai brand tu, kan dah membazir. Lagipun beli set yang kecil ni senang sikit nak bawak kemana-mana. Besen mandi tu ada sekali tengok kat kedai anakku harga dia seratus lebih. Oh my. Awatnya mahal sangat. Sekali pergi mydin tengok doploh hinggit jek. Beza gila kan. Padahal kualiti tak jauh beza pun. Kalau ikut laki den, dia tak kasi beli sebab dia kata ma dia mandikan dia dulu takdenya bathtub-bathtub cenggitu. Hello. Tu zaman bila. Sungai belakang rumah, senang ceritalah kan.


Nursery ni aku ada beli tilam yang siap dengan bantal tu. Ingat nak cari yang jenis kekabu tu. Tapi bila pikir-pikir balik macam berat jek nak bawak kehulur-kehilir kan. So cari yang span jek. Masa beli ni set dia kena beli asing. Tilam asing, bantal asing. Ada jek yang jual satu set gitu tapi harganya macam beratus-ratus. Beli yang murah sudah. Nak harapkan orang bagi ke orang jahitkan ke memang tak lah. Ada orang pernah cakap, tak payah beli barang-barang ni awal-awal sangat sebab nanti akan ada orang bagi hadiah. Tapi pada aku, kalau ada yang bagi tu aku anggap rezeki anak aku, tapi aku memang tak mengharapkanlah sebab aku tahu aku tak ramai kawan kat sini. So tak ada letak harapan tinggi-tinggi.


Travelling ni memang satu menda pun tak beli lagi. Masa ngandung 5 bulan haritu aku eksaited sangat nak beli stroller. Sibuk ni search sana sini. Habis satu johor aku pusing bulan lepas sebab nak dok mencomparedkan jenis-jenis dia. Dan ada terbekenan dihati brand sweet cherry. Dah itu jek yang mampu kan. Kalau ikutkan yang lagi terbekenan adalah quinny tapi tahap tidak kemampuan disitu. Haha. Nak dijadikan cerita laki den jenis penyabar orangnya. Sanggup dia tak kasi aku beli. Dijanjikan dengan kata-kata manis iaitu ”mana tahu kita tak tengok yang best lagi punya brand, nanti rugi”. Ye. Kalau ikut laki den, memang semua dia suruh hold. Macam nak beranak esok jek katanya. End up, aku dah jadi macam tawar hati pulak nak beli. Sebab bila aku pikir-pikir balik, bukannya aku ni selalu travel pergi jalan-jalan pun. Kat area sini pun, nak berjalan kat mana sangat lah kan. Buatnya beli awal-awal, lepas tu anak aku tak nak duduk dalam stroller tu macamana. Ada pembaziran disitu. Baiklah duit ratus-ratus tu kita dulukan yang lagi penting kan. Hah gitu. Elok jugak dengar kata suami ni. Jangan eksaited sangat.


Untuk keperluan ibu ni memang belum sediakan apa-apa lagi. Baju-baju tu boleh jek pakai yang sedia ada cuma nak kena cari confinement set with corset tu. Ada dah aku survey jenis-jenis produk. Banyak gila rupanya. Tapi setakat ni aku dok aimed brand tanamera, nona roguy, or amway. Harga lebih kurang jek semua ni. Average rm3-4 ratus. Mahalkan. Hmm mana ada menda murah zaman sekarang ni.


Untuk hospital checklist ni aku nak sediakan bila dah masuk 8 bulan ke nanti. Awal sangat nak siapkan sekarang. Diapers bag baby pun belum beli lagi. Masih tak jumpa yang berkenan dihati. Haritu ada nampak brand kiko kaler hitam. Well hitam tetap menjadi pujaan hatiku. Tapi bag tu attach sekali dengan compartment botol susu. Compartment tu standar size untuk botol susu yang panjang kurus tu. Botol yang aku dah beli tu size gemuk. Memang confirm tak muatlah kan. So tak beli bag tu. Kecewa sebab bag tu gorjes. Huhu. I hate u black gorjes bag!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...