instagrammers

Instagram

4.2.13

Nursing Strikes. Punca dan cara atasi




Sekarang ni Hariz dah tiga bulan setengah. Asal jumpa dengan orang jek, mesti orang akan tanya “anak ko dah pandai apa?”. Kadang tu rimas dengan soalan gitu. Anak aku baru tiga bulan kot. Orang expect apa dengan anak umur gitu. Dah pandai merangkak? Bila aku bagitahu belum lagi, sibuk pulak nak menjoyahkan diri bagitahu yang anak dia umur cenggitu dah pandai bla bla bla. Pada aku perkembangan seseorang bayi ni bukannya sama semua orang kan. Mungkin anak aku lambat tang ini, dan mana tahu anak aku akan cepat tang itu kan. Siapa tahu?

Eh. Daripada aku stress pikir mulut orang, baiklah aku stress pikir anak aku yang sekarang ni macam dah tunjuk tanda-tanda nursing strikes. Memang stress bila berdepan dengan Hariz kalau time dia buat perangai nak minum susu. Kalau dulu time nak tidur jek, baringkan dia sua susu terus hisap sambil dia lali nak tidur. Sekarang ni dah tak. Nak bagi susu tu macam nak ajak bergaduh. Melalak macam kena dera. Kes ni jadi bila time aku nak bagi direct feeding je. Bila dengan orang lain bagi thru botol elok ada jek. Memula tu aku ingatkan dia dah nak cerai susu. Tapi ishh tak kan awal sangat. So aku google. Harap-harap fenomena ni akan berlalu dengan cepat.

Nursing Strikes

Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba-tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya-tanya. Adakah anak saya sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit? Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi saya menolaknya?

Penolakan penyusuan langusng oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan. Ianya dipanggil NURSING STRIKE (sy beri singkatan NS). Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur-ansur dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda-tanda penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12 ke atas (umur di mana bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu-minggu. Agak sukar menentukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu-ibu yang mengalah ketika nursing strike dan akan menceraikan anak dari susu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas. Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan. Bayi yang mengalami NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding (df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa.

NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dan lain-lain. Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu.

Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS. Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kepada bayi. Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dalam kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat (plugged ducts dan mastitis). Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol. EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu suapa bayi mudah kembali df.

Punca - punca nursing stikes(NS):

•    Mastitis. Supply susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.

•    Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbuh gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.

•    Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection (thrush) sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkitan telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football. Jika hidung tersumbat dan juga ke sthrush,  dptkan rwtn dari klinik. Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebih mudah berbanding puting ibu. Jangan kecewa jika ibu-ibu sedang mengalami situasi ini.

•    Reaction to stress. Punca reaksi terhadap stress antaranya:
1.    Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
2.    Berpindah tempat baru
3.    Terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
4.    Stress ibu( masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau)
5.    Ibu telah lama berjauhan dari bayi(atas urusan kerja dll)

•    Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.

•    Slow milk let down reflect (menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat

•   A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak/sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah.Pemakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:

1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju. Ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang

2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis

3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur

4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap

5. Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dsb.

6. Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh

7. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu

8. Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu

9. Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya

Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.

Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan. Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.



1 komentetar:

Khadeejah Hasmad said...

Wah, detailnya info. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama. Terima kasih ya. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...