instagrammers

Instagram

13.2.13

Raya cina kami


Cuti raya cina haritu kan lama jugak lah kiranya. Sini start dari jumaat sampai isnin. Jumaat sabtu tu memang kami tak kemana. Duduk kampung jek sebab mokkaq dengan mokchik Hariz ada kat kampung. Sabtu tu bila dah petang-petang sikit tu baru lah reti kami ni nak balik ke rumah sendiri. Tu pun memikir sebab nak setelkan laundry. Kalau tak ada kain baju yang perlu dibasuh, mau kami berkampung lagi di kampung.

Ahad pagi tu time aku nak mandikan Hariz, dah siap-siap bukakkan baju dia. Aku letak dia kat atas tilam dia depan tv. Lepas tu aku ke dapur sekejap nak tuang air panas dalam besen mandi dia. Bapaknya pulak dok dalam tandas kat bilik depan. Tetiba masa aku kat tandas belakang dengar Hariz menjerit melalak dari arah depan. Terkezut omak kau ni nak. Terus berlari pergi tengok dia. Rupa-rupanya dia memusingkan badan dia lepas tu silap landing kat atas tikar. Tikar tu kan keras. Berderau darah sekejap takut apa-apa jadi kat dia sebab muka dia macam tertumus kat lantai tu. Angkat dia tengok dia ok jek. Terus senyap tak nangis dah. Maybe dia terkejut kot. Haha. Hariz hariz. Tilam pun dah jadi kecik bila anak dah membesar ni. Tak boleh jadi ni. Terus ajak amie pergi cari tilam baru. Sebab rumah kami ni bukan nak kata tilam kecik, toto pun tak ada. Kalau ada boleh jugak buat alas-alas untuk landing depan tv kan.

So petang tu kami ke giant. Alang-alang nak pergi cari diapers Hariz. Pergi tengok sekali tilam. Aku ni jenis tak suka rumah bersepah. Sakit mata. Kalau boleh nak cari tilam besar macam size single tu tapi yang boleh lipat. So senang sikit nak simpan bila time tak guna. Masa  kami tengah pilih-pilih tilam, Hariz boleh pulak tertidur. Padahal baru bangun tidur sebelum nak pergi tu. Setel beli-beli, Hariz pun bangun. Memula tu muka macam moody je. Lama-lama dah ok sikit. 


Puas berjalan perut pun lapar. Nampak pizza macam best jek plus macam dah lama tak makan since time pregnant lagi. Time ni dah pukul lapan lebih. Sepatutnya memang masa tidur Hariz. Boleh pulak mata dia segar bugar tengok keliling. Pantang orang lalu sebelah, kepoh jek dia nak tengok orang. Balik tu masuk jek kereta terus tertidur. Bila anak dah tidur, makpaknya panjang langkah lah pulak ke Chinatown tengok tanglung.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...