20hb
minggu lepas genap Hariz 4 bulan. Tapi adalah lupa appointment dia dengan KK.
Jadinya semalam baru bawak dia pergi buat monthly check up. Check biasa-biasa
jek bulan ni. Takde kena inject pun bulan ni. Nasib baik kata Hariz dalam hati. Tapi
bulan depan ada tau Hariz. Bertabahlah wahai anak.
Berat
dah 7kg sekarang. Membesar bagai johan. Alhamdulillah berkat minum susu ummi. Wahh
dah panggil ummi sekarang. Ehemm.. pening Hariz sekejap nak kena panggil mummy sekejap panggil ummi. Ko layankan jek lah omak kau ni Hariz.
Perkembangan
dia dah macam-macam sekarang. Seronok pulak ada baby sekarang ni. Sebab rasa
best sangat bila tengok anak membesar depan mata. Daripada kecik yang
sekecik-keciknya sampai aku nak mandikan pun takut sebab leher dia lembik
sangat sampai sekarang dah besar terlompat-lompat berat ya ampun boleh
menggigil tangan kalau dukung lama-lama.
|
Sehari
nak cecah 4 bulan haritu badan dia panas yang amat. Tapi bila masuk petang ke
malam tu sejuk balik. Esok siangnya panas semula. Tapi malam sejuk semula. Tak bagi
makan ubat apa-apa pun sebab dia tak menangis melalak ke apa pun. Cuma badan dia
jek lah rasa macam lemah time kita dukung dia. Tak tough macam biasa. Lumur kepala,
badan semua dengan air asam jawa. Adalah dalam 2,3 hari berlarutan macam tu. Lepas
tu dah ok. Demam-demam pun boleh tersengih-sengih.
|
|
Baik
daripada demam. Muka masih kelat-kelat lagi nak senyum. Baru nak recovery bak
kata tokmo dia. Tu yang kena ambil mood sikit.
|
|
Time
tidur dah pandai nak peluk bebear kat tangan. Kadang tu kalau takde dino ni,
tetiba jek kita sedar tengok tangan dia dah peluk kita. Oh so suwit. Dua tiga
bulan yang lepas tidur tangan berbedung jek. Sekarang dah pandai nak
peluk-peluk.
|
|
Tidur
sekarang ni dah kena buat kubu pertahanan kiri kanan. Kalau takkk, mengalahkan
kita ni yang tua dia punya lasak tu. Planning nak cari baby cot. Sebab risau
sangat. Kadang tu aku tidur berpaling membelakangkan dia. Tau-tau bila nak
pusingkan badan, dia dah rapat kat kita. Mau terhempap kalau tak perasan time
aku nak pusingkan badan semula. Bahaya ok.
|
|
Ni
lah gayanya kalau tak letak bantal keliling dia. Bantal kemana. Tilam kemana. Kepala kemana.
Badan kemana. Tu belum lagi kira berpusing, meniarap, berpusing lagi kali
kedua. Tau-tau dah hujung katil. Seriau jek omak kau ni. Takut jatuh katil jek nanti. Memang
confirm nak kena cari cot ni.
|
|
Aktiviti
di subuh hari. Bangun dari tidur suka nau pusing meniarap. Kalau baring
biasa-biasa waktu siang hari, susah pulak nak suruh meniarap. Ni gambar
terlatest. Pagi tadi ambil. Kita bangun mandi, dia pun bangun jugak. Kita
bangun mengepam tengah malam buta pun dia bangun jugak. Pantang dengar orang
bergerak. Mulalah nak tersedar. Tapi nasib baik tak buat perangai menangis ke apa
ke kan. Dok diam-diam main sendiri jek dia.
|
|
Dah
pandai main toys sekarang. Dia agah toys, dia gak yang sengih sorang-sorang
kadang tu. Pagi biasanya time aku bersiap nak pergi kerja tu biasanya dia dah
bangun. Kasi mainan sebiji kat dia. Mainlah dia sorang-sorang sambil tunggu
kita nak pergi kerja tu.
|
|
Pantang
dibagi benda kat tangan, semua nak dibawak masuk mulut. Tak kiralah benda keras
ke lembut. Semua nak digigit. Gatal gusi dah ke nak. Takmolah tumbuh gigi
cepat-cepat sangat. Tak dapat nak dibayangkan nanti kalau kena gigit time
menyusu nanti. Omai omai.
|
|
Dah
pandai nak meleleh-lelehkan air liur. Baju tu kalau dalam sehari tak basah tak
sah. Dah lah omak kau ni basuh baju jenis seminggu sekali. Jangan berjeragat
sudeyyy. Senang kasi pakai bib. Basah pun takat situ jek. Takyah nak tukar baju
3,4 pasang sehari khennn.
|
|
Tapi
walaupun dibagi macam-macam jenis teether sekalipun, tangan jugak yang sangat
best katanya. Masih tercari-cari jari peberet. Susah-susah masukkan jek semua
jari. Senang katanya.
|
|
Bespren
tokma. Pantang tengok muka tokma, happy kemain. Macamkan dah lama tak jumpa. Suka
betul dia berborak dengan tokma dia. Kalau orang dukung dia macam ni, suka
lompat-lompat. Kaki tu macamkan kuat jek. Takpe. Sekarang ni prektis dulu yek. Esok
dah besar, boleh teman ummi berjalan kita pergi shoppingggg. Boleh tolong
angkat beg shopping ummi. Ehh.
|
|
Tak
reti dah nak duduk diam dalam rocker. Nak angkat bontot jek kerja dia. Penat kita
nak membetulkan balik. Time tidur jek boleh senyap dok dalam ni.
|
Pantangggg
tengok kamera. Letak kamera depan dia, dah start nak sengih-sengih. Macamlah orang
nak ambil gambar dia. Haha. Nah tengok ni semua hasil keseronokan dia
bergambar.
Alhamdulillah.
Hariz membesar dengan sihat walafiat. Progress tumbesaran dia selaras dengan
perkembangan yang sepatutnya. Ummi doakan Hariz supaya cepat membesar jadi anak
yang soleh. Insyallah. Amin. XOXO
0 komentetar:
Post a Comment