instagrammers

Instagram

7.2.13

Dodoi Hariz dodoi

Kan aku pernah cerita yang fenomena nursing strikes tengah melanda Hariz. Betul-betul menguji kesabaran ok. Kalau dulu nak tidur senang jek. Bf kan dia terus tertidur. Tapi sekarang ni bukan kata nak bagi susu, nak baringkan pun dia punya melalak tu ohmy. Kerja nak berdiri melompat-lompat jek.

Nak kena pandai trick. Anak dah besar ni panjang akal dia. Biasanya rutin harian dia pukul 8 malam aku dah bawak masuk bilik. Kalau dia buat perangai tak nak susu tu, aku baringkan dia jugak. Menangis tapi sekejap jek. Sebab aku tarik perhatian dia dengan tunjuk fon. Nasib dah stand by application untuk baby dalam tu. 


Selalunya aku bukaklah abc ke peekaboo ke, storybook yang ada lagu-lagu. Hariz tengok dengan fokusnya. Tapi sekejap jek lah. Kan ada iklan susu ke apa entah yang kat tv tu pasal budak ni dok ralit main dalam 5-10 minit jek lepas tu dia akan ngantuk, letih, bosan. Samalah macam Hariz ni. Tengok dalam 5 minit jek lepas tu aku tengok dia macam dah letih. Tutup application tu, bukak sound orang mengaji, tepuk-tepuk dodoi-dodoikan dia, terus jadi teratai layu di tasik madu. Hehehe.. Setakat ni dah cuba cara macam ni dalam minggu ni dan berjaya tidurkan dia.

Ingat lepas ni nak download application alif ba ta ke upin ipin ke tapi tu semua kena bayar lah. Ai kan cheapskate sikit. Oh bukan sikit tapi banyak. Hahaha. Takpe. Nanti kita jailbreak fon ni boleh download semua full application dengan percuma. Ini betul-betul cheapskate ni. Mihmihmih.

Ni antara salah satu application yang aku main dengan Hariz. Korang tengok nanti jangan sampai mengantuk lalu tertidur yek! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...