instagrammers

Instagram

27.2.13

Nursing Cover DIY



Pengalaman nursing kan Hariz masa pergi Jusco haritu macam haru biru. Tobat tak nak dah jalan kalau tak standby bawak kain untuk lindungkan apa yang patut time nursing. Serius rasa susah kalau tak ada nursing cover time berjalan bawak anak kecil ni.

So lets misi mencari nursing cover kat online. Ya. Aku ni memang suka online shopping sebab mudah. Senang nak compare harga dengan seller-seller yang ada di alam maya ni. Tapi rata-rata semua jual dengan harga rm50 ke atas. Bab harga tu aku tak kisah sangat kalau ia betul-betul worth it dengan kualiti. Tapi yang ada di pasaran semua style macam kecil. Aku ni dah lah size ehem *cough* tak *cough* berapa *cough* nak *cough* kecil *cough* sangat. Khennn..

Nak cari yang size besar sampai boleh tutup depan dan belakang badan nan ado. Dah la perut I ni artistic bercorak abstrak. Haha. Dulu ada sekali time aku nyusukan hariz, chik mai datang tengok. Muka dia macam terkesima sebab tertengok perut aku. Malu iols okeh. Kahhh..

Tak boleh jadi ni. Aku pun google lagi kot-kot ada yang jual size besar sikit. Sekali time google tu ternampak ada orang buat sendiri jek. Guna kain shawl pashmina. So gigihlah aku pergi cari. RM10 jek kau. Berlaboi-laboi ni.

Maka kita ambillah kesempatan peluang si suami yang pandai menjahit. Ngeh ngeh. Bini pun tak tahu jahit tapi laki terel okeh. Sebab apa aku terel. Langsir kat rumah kami tu semua dia yang jahit. Tapi ada gak ma dia tolong. Tapi kira ok lah tu dia tahu jugak guna mesin jahit tu nak dibandingkan dengan bini dia ni khennn. Haha..

Senang jek DIY nursing cover ni. Lipat dua kain tu, jahit tepi straight. Tinggalkan sikit ruang untuk masukkan celah kepala. Setel. 

La ni, kain tu aku guna kalau nak berjalan bawak Hariz kat public area. Tak guna untuk cover, boleh gak guna untuk selimutkan baby. Flexible kan. Time aku pam kat pejabat pun aku pakai kain ni. Kalau tak makcik-makcik yang ada ni dok lah tengok jek time aku pam. Apa ingat ini show ke? Grrr..




4 komentetar:

MadianiMamat said...

ape??i pernah terkesima ke??

shakila mubarak said...

tgk muke chik mcm terkezut jek time tu. ekekeke

itangmanih said...

Haha...Akak pun baru nk Tanya Chiq apa kah yg diterkesima ituuu

shakila mubarak said...

Ouh xde eh. Ok sila abaikan. Hee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...