Wahhh
tajuk nak kerlas kan.
Padahal boleh jek sebut robok baju baby tapi tetap nak speaking London feeling olimpik. Ekekeke..
sebenarnya dari dulu lagi memang bercadang nak beli robok satu lagi sebab nak
isi kain baju aku yang semakin membuak-buak ni. Bayangkan dulu sebelum kahwin,
baju aku sorang jek satu robok dah penuh. Ni bila dah berdua, share satu robok
confirmlah kain baju aku tak muat kan.
Itupun masih ada lagi dok dalam kotak tak berbukak lagi. Pulak tu sekarang ni
badan makin membesar, haruslah bertambah kain baju kan.
Bila
dah tahu nak ada baby ni, lagilah menguatkan azam aku nak beli robok ni. Boleh jek
nak beli robok yang macam drawer plastic yang jual kat giant tu. Bawah rm100
jek kan harga
dia. Tapi ada sekali tu terpandang iklan cavenzi kat suratkhabar metro. Biasalah
bapak mertuaku tu rajin beli metro tetiap hari. Memang kerja aku dok belek
metro setiap kali balik kampung. Belek punya belek sekali terpandang promosi
robok ni rm98 jek kau. Haruslah setiap minit aku berzikir kat telinga amie ajak
pergi cavenzi.
Ouh kejadian ni berlaku dalam bulan may. Tapi minggu
lepas baru robok tu sampai. Happy gila kot. Tapi amie takda rumah masa barang
sampai. So mai kita upload dengan harapan dia dapat tengok dari sana. Robok ni
aku dah siap-siap susun kain baju baby dalam tu. Hehe. Semangat harus ada. Haha.
Level atas sekali tu ada dua drawer size kecil. Aku letak barang-barang kecil
macam stokin, sapu tangan, mitten, booties semua. Sebelah tu susun semua
toiletries. Tingkat kedua tu aku letak baju-baju yang aku beli. Tapi masih
banyak lagi ruang kosong sebab bila ditengok-tengok baru aku perasan yang aku cuma
beli 2 pasang baju lengan panjang dengan 2 pasang baju lubang-lubang. Gila sikit
rupanya baru aku beli. Nak kena tambah lagi ni baju size newborn. Tapi rompers
banyak lah. Berbelas pasang aku borong. Tingkat ketiga tu aku letak semua baju
adam yang akak bagi. Fuhh yang ni sampai tak muat ok robok. Tingkat bawah
sekali tu aku letak miscellaneous macam bantal, comforter, bag semua. Rasanya barang-barang
ni nanti akan dikeluarkan dan tak kan dok dalam robok tu kalau time gunakan. So
yang level tu bolehlah sumbat barang-barang mommy pulak. Hiks. I is loike
dengan barang baru. Hari-hari dok lalu depan bilik mesti pergi bukak robok tu. Padahal
tengok jek takda buat apa pun. Lepas tu tutup balik, keluar bilik dengan muka
ada sinyummmm... =)
4 komentetar:
skrg mokcik pinjam dulu bahagian atas wat letak barang..hahhahahaha
boleh saje tp kene ade upahnye. pudding caramel tu sila bwk blk sikit yek. ahahaha..
nsb baik boboy..kalu gegirl harus x cukup drawer tu...kena beli robok besau cam mummy..hehe
robok besau pun ade yg baru. tp tu mommy dah cop dlu. ekekekee..
Post a Comment