instagrammers

Instagram

26.7.12

Menu Ramadhan



Dah masuk hari ke enam kita berpuasa. Sekejap jek kan. Start dari puasa pertama, memang berbuka di rumah in law. Kebetulan masa tu cuti weekend, haruslah balik kampung. Kalau berbuka sorang-sorang, mahu nangis jawabnya. Dah lah mak abah sendiri jauh dimata. Tapi tu selalunya feeling untuk puasa pertama jek lah. Bila dah berhari-hari puasa, tak kisahnya berbuka sorang. Hiks..

Kalau berbuka rumah in law, memang confirm lah kita tak payah masak kan. Tolong-tolong kacau mana yang perlu jek. Menantu "rajin" kan. Haha. Tapi tu lah, yang masak lain, yang beli pun lain. Banyak gila ok makanan. Kau cakap jek nak makan apa, semua ada. Kalau tengok apa yang terhidang tu, dah macam semua menu di bazar ada sekali. Lauk pauk nye lah, kuih pelbagai jenis. Memang confirm tak kan berlapar lah. Sampai perut rasa tegang macam nak meletup. Tapi frust sikit sebab sokmo lupa nak ambil gambar. Ye lah, bila dah ramai-ramai orang, dengan riuh rendahnya, memang tak teringat langsung. Ingat bolehlah ambil gambar sikit tunjuk kat amie. Hmm amie tu buka apa jek lah kat sana kan..

Bila dah start hari bekerja, haruslah pulang ke pangkal jalan rumah sendiri kan. Bila dah dok sendiri tu, kenalah rajinkan diri memasak walaupun letih balik kerja. Tapi kenkadang tu tak tahu nak masak apa sebab tak ada selera nak makan apa. Entahlah puasa kali ni rasa penat yang lebih dari rasa lapar. Setakat ni tak ada lagi teringin nak makan itu ini. Masak jek lah apa pun, confirm makan punya. Sebab tu sekarang ni masih tak ada sangat excited nak ke bazar. Sebab tak ada nafsu tengok makanan. Lagipun bersesak dengan orang ramai, pulak tu susah nak cari parking semua, tak sanggup oden. Baiklah masak sendiri walaupun simple-simple jek. Contohnya macam berbuka semalam. Ingat nak goreng ayam jek. Lepas tu bila pikir-pikir balik, tak ada benda pedas nanti tak berapa nak selera pulak kan. Jadinya kita buat ayam goreng berlada. Plus ada sup sayur dengan telur dadar. Jadilah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...