instagrammers

Instagram

29.7.12

Wardrobe baby




Wahhh tajuk nak kerlas kan. Padahal boleh jek sebut robok baju baby tapi tetap nak speaking London feeling olimpik. Ekekeke.. sebenarnya dari dulu lagi memang bercadang nak beli robok satu lagi sebab nak isi kain baju aku yang semakin membuak-buak ni. Bayangkan dulu sebelum kahwin, baju aku sorang jek satu robok dah penuh. Ni bila dah berdua, share satu robok confirmlah kain baju aku tak muat kan. Itupun masih ada lagi dok dalam kotak tak berbukak lagi. Pulak tu sekarang ni badan makin membesar, haruslah bertambah kain baju kan.

Bila dah tahu nak ada baby ni, lagilah menguatkan azam aku nak beli robok ni. Boleh jek nak beli robok yang macam drawer plastic yang jual kat giant tu. Bawah rm100 jek kan harga dia. Tapi ada sekali tu terpandang iklan cavenzi kat suratkhabar metro. Biasalah bapak mertuaku tu rajin beli metro tetiap hari. Memang kerja aku dok belek metro setiap kali balik kampung. Belek punya belek sekali terpandang promosi robok ni rm98 jek kau. Haruslah setiap minit aku berzikir kat telinga amie ajak pergi cavenzi. 


Ouh kejadian ni berlaku dalam bulan may. Tapi minggu lepas baru robok tu sampai. Happy gila kot. Tapi amie takda rumah masa barang sampai. So mai kita upload dengan harapan dia dapat tengok dari sana. Robok ni aku dah siap-siap susun kain baju baby dalam tu. Hehe. Semangat harus ada. Haha. Level atas sekali tu ada dua drawer size kecil. Aku letak barang-barang kecil macam stokin, sapu tangan, mitten, booties semua. Sebelah tu susun semua toiletries. Tingkat kedua tu aku letak baju-baju yang aku beli. Tapi masih banyak lagi ruang kosong sebab bila ditengok-tengok baru aku perasan yang aku cuma beli 2 pasang baju lengan panjang dengan 2 pasang baju lubang-lubang. Gila sikit rupanya baru aku beli. Nak kena tambah lagi ni baju size newborn. Tapi rompers banyak lah. Berbelas pasang aku borong. Tingkat ketiga tu aku letak semua baju adam yang akak bagi. Fuhh yang ni sampai tak muat ok robok. Tingkat bawah sekali tu aku letak miscellaneous macam bantal, comforter, bag semua. Rasanya barang-barang ni nanti akan dikeluarkan dan tak kan dok dalam robok tu kalau time gunakan. So yang level tu bolehlah sumbat barang-barang mommy pulak. Hiks. I is loike dengan barang baru. Hari-hari dok lalu depan bilik mesti pergi bukak robok tu. Padahal tengok jek takda buat apa pun. Lepas tu tutup balik, keluar bilik dengan muka ada sinyummmm... =)


4 komentetar:

MadianiMamat said...

skrg mokcik pinjam dulu bahagian atas wat letak barang..hahhahahaha

shakila mubarak said...

boleh saje tp kene ade upahnye. pudding caramel tu sila bwk blk sikit yek. ahahaha..

itangmanih said...

nsb baik boboy..kalu gegirl harus x cukup drawer tu...kena beli robok besau cam mummy..hehe

shakila mubarak said...

robok besau pun ade yg baru. tp tu mommy dah cop dlu. ekekekee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...