instagrammers

Instagram

17.7.12

Maafkan saya!

Awak. Iye. Awak yang hantar mesej kat saya semalam. Sorilah. Saya tak perasan mesej tu. Saya tengok mesej tu disent time pukul 6 lebih. Time tu saya baru balik kerja. Macam biasa, fon duduk dalam henbeg dan henbeg akan diletak dalam bilik. Memang kalau bunyi fon tak berapa nak dengar sebab saya pasang tivi macam orang pekak. Hehe..

Pulak tu time balik kerja saya rushing nak masak untuk berbuka puasa. Ye puasa ganti saya dah setel semuanya. Alhamdulillah. Lepas masak dah sibuk nak makan bukak puasa. Memang tak sempat dan tak teringat pun pasal fon. Lepas makan, saya sibuk-sibuk kemas dapur pulak. Time tu dah nak dekat pukul 8 lebih. Kocoh-kocoh pergi solat maghrib. Lepas tu terus sambung ke isyak. Habis isyak dah pukul 9. Pergi tengok masterchef pulak. Final tu. Rugi tak tengok. Nasib baik fazley yang menang. Tenang sikit rasa nak tidur malam tu. Kalau angah yang menang, rasa macam nak baling jek tivi tu. Nanti boleh buat alasan beli tivi led baru untuk raya ni nanti. Hehe..

Habis masterchef pukul 10, barulah saya reti nak masuk bilik sebab memang dah time tidur saya. Kena latih anak tidur awal-awal, nanti esok kalau dah ada depan mata susah pulak saya kalau dok berjaga malam jek kan. Bila time nak tidur tu lah baru saya selalu reti check fon saya sebab saya nak on kan lagu klasik bagi kimi jr ni dengar sebelum nak tidur. Time tu barulah perasan mesej yang awak bagi. Hampir selepas 4jam mesej tu dihantar. Saya rasa bersalah lah pulak. Sian kat awak. Sori sesangat eh. Hmm.. Awak mandi tak pagi ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...