Pengalaman nursing kan Hariz masa pergi Jusco
haritu macam haru biru. Tobat tak nak dah jalan kalau tak standby bawak kain
untuk lindungkan apa yang patut time nursing. Serius rasa susah kalau tak ada
nursing cover time berjalan bawak anak kecil ni.
So lets misi mencari nursing cover kat online. Ya.
Aku ni memang suka online shopping sebab mudah. Senang nak compare harga dengan
seller-seller yang ada di alam maya ni. Tapi rata-rata semua jual dengan harga
rm50 ke atas. Bab harga tu aku tak kisah sangat kalau ia betul-betul worth it
dengan kualiti. Tapi yang ada di pasaran semua style macam kecil. Aku ni dah
lah size ehem *cough* tak *cough* berapa *cough* nak *cough* kecil *cough*
sangat. Khennn..
Nak cari yang size besar sampai boleh tutup
depan dan belakang badan nan ado. Dah la perut I ni artistic bercorak abstrak. Haha.
Dulu ada sekali time aku nyusukan hariz, chik mai datang tengok. Muka dia macam
terkesima sebab tertengok perut aku. Malu iols okeh. Kahhh..
Tak boleh jadi ni. Aku pun google lagi kot-kot
ada yang jual size besar sikit. Sekali time google tu ternampak ada orang buat
sendiri jek. Guna kain shawl pashmina. So gigihlah aku pergi cari. RM10 jek
kau. Berlaboi-laboi ni.
Maka kita ambillah kesempatan peluang si suami
yang pandai menjahit. Ngeh ngeh. Bini pun tak tahu jahit tapi laki terel okeh. Sebab
apa aku terel. Langsir kat rumah kami tu semua dia yang jahit. Tapi ada gak ma
dia tolong. Tapi kira ok lah tu dia tahu jugak guna mesin jahit tu nak
dibandingkan dengan bini dia ni khennn. Haha..
Senang jek DIY nursing cover ni. Lipat dua kain
tu, jahit tepi straight. Tinggalkan sikit ruang untuk masukkan celah kepala. Setel.
La ni, kain tu aku guna kalau nak berjalan bawak
Hariz kat public area. Tak guna untuk cover, boleh gak guna untuk selimutkan
baby. Flexible kan. Time aku pam kat pejabat pun aku pakai kain ni. Kalau tak
makcik-makcik yang ada ni dok lah tengok jek time aku pam. Apa ingat ini show
ke? Grrr..
4 komentetar:
ape??i pernah terkesima ke??
tgk muke chik mcm terkezut jek time tu. ekekeke
Haha...Akak pun baru nk Tanya Chiq apa kah yg diterkesima ituuu
Ouh xde eh. Ok sila abaikan. Hee..
Post a Comment