Weekend haritu ada pesta buku di TTTC. Biasalah TTC tu. Setiap
minggu ada jek pesta. Macam haritu, galeri A ada jualan murah barang branded. Galeri
B pula ada pesta buku. Ni kan nak dekat musim raya, jadinya hall yang jual
baju-baju tu memang crowded la. Hall yang jual buku tu rilek jek aku tengok. Kami
pergi jalan-jalan ingat nak cuci mata sesambil tu exercise sikit sebab ye lah
kat opis pun kerja duduk jek, ka rumah pun duduk jugak. Time-time macam ni lah
yang memerlukan kudrat untuk berjalan barang sejam dua.
Jalan kat area baju-baju tu nampak baby stuff. Hati dah berbunga. Niat dihati nak straight jek ke tempat baby tapi
melayankan amie yang nak lalu satu persatu lorong yang jual baju-baju tu. Beli nya
tidak. Saje nak kasi baby jadi penyabar orangnya. Baiklah.
Sampai jek kat tempat baby, tengok ada terbekenan bips. Cantik-cantik.
Tapi yang cantik tu semua kaler pink. Tensi. Yang ada kaler biru pun ada design
hanjing. Frust mak. So tak beli.
Lepas tu kami ke galeri sebelah pulak. Tengok-tengok
tempat buku. Ada tu yang jual buku untuk namakan anak. Belek-belek buku tu tapi
masih blur-blur lagi nak pilih nama. Setakat ni tak jumpa lagi nama yang
gorjes. Ce bagi idea sikit.. =)
Lepas tu jalan punya jalan, at the end amie beli buku ni.
Ye nampaknya sekarang ni setiap kali balik kerja aku dah ada homework nak kene
setel. Tambah satu lagi rutin harian sampai beranak esok. Pftt...
7 komentetar:
kejap, apakah faktor die membeli buku itu??
untuk melatih anak beliau membuat homework matematik..
homaigod, sungguh hoverrrr
Beliau ckp dedulu ma slalu buat exercise math mase jage kdai dlu, sbb tu beliau terror math. Kata beliau..
Hehe..
hehehe...
tu lagi hoverrrrr...
well... beliau kannn...
haha..
Post a Comment