instagrammers

Instagram

3.2.12

main puzzle rm50


Petang semalam ada dua orang makcik ni duduk depan opis aku. Ingatkan dieorang ni dok buat apalah siap bersila bagai. Aku keluar tengok-tengok dieorang tengah dok main puzzle. Puzzle apa korang tau? Dok main cantum-cantum duit. Aku sendiri yang tengok pun boleh jadi pening sebab banyak gila cebisan-cebisan yang nak kena disambungkan.

Alkisahnya makcik ni kalau ada duit, dieorang akan kumpul sampai cukup rm50. Lepas tu tukar kepada rm50 sekeping. Bila anak-anak dia bagi duit ke atau dia dapat duit dari mana-mana, dia akan kumpul dan tukar ke rm50 sekeping. Lepas tu duit-duit rm50 tu dia akan simpan kat rumah dia. Orang kampung biasanya kan rumah kayu. So dia sembunyikanlah duit dia kat satu bahagian rumah dia. Celah-celah kayu gitu. Setiap kali dapat duit, terus simpan situ. Kira macam tempat tu jadi tabung dieoranglah.

Cukup setahun simpan, ingat nak kira berapa banyak jumlah tabungan dieorang kan. Sekali tengok-tengok korang tau apa jadi...?


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


 Tadaaa...


dalam beg plastik tu banyak lagi cebisan
Dah dimakan anai-anai. Mesti gemuk-gemuk anai-anai kat rumah makcik tu kan. More than 8k tuu. Kalau aku, menangis! Moral of the story, kalau korang ada duit, sikit ke banyak, sila simpan kat bank. Kalau nak lebih untung, masukkan kat ASB or apa-apa investment yang diauthorized yek. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Shakila Mubarak.  =)



4 komentetar:

~ana~ said...

cerita betul ke nih?

shakila mubarak said...

Betul lah kakna. Smlm bru trjadinya kejadian ni..

itangmanih said...

mmg ada kes camtu...nenek mak mertua my sis pun suka simpan kat celah2 kayu api...hoho

shakila mubarak said...

nenek kpd mak mertua kpd your sis? *pening sekejap..*

mmg byk pun kes mcm ni. nak2 org tua. dieorg ni slalunye xcaye smpan kat bank. lg rela smpan bwh uma smpai kene mkn anai2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...