Public holiday haritu aku balik kampung PIL. Ipar duai semua pun ada. Memang meriah lah kan kalau dah dok berkumpul reramai ni. Tapi tak cukup korum. Kalau kakna balik, mesti lagi riuh rendah dengan ajmal n aqil kan.
Bila dah berkumpul tu, macam-macam aktiviti lah nak dibuatnya. Berpiknik sudah, shopping pun sudah. Dieorang jek lah pun yang shopping, aku tak. *sebenarnya gaji dah abis*. Ekekeke…
So apa lagi aktiviti yang patut dibuat bersama? Of coz la makan-makan kan. Malam weekend tu kami berbbq kat tepi rumah. Akak pepagi lagi dah bangun dok perap ayam, seafood semua. Aku takde kat kampung masa tu. So tak boleh nak tolong akak. Tolong makan malam karang jek boleh. Hee...
Petang tu aku sampai rumah, tetiba che ngah suruh goreng nasi. Request nasi goreng cina pulak tu. Manalah aku reti. Sebelum-sebelum ni pun goreng nasi cukup-cukup untuk 2 orang makan. Akak kata goreng jek untuk 2 orang, pastu dah siap, angkat. Pastu goreng lagi untuk 2 orang makan. Sampailah cukup untuk semua orang. Hahahaha.. Kelakar gak akak ni kengkadang.
Tolong-tolong che ngah prepare bahan untuk nasi goreng, end up dia jugak yang goreng nasi-nasi tu. *selamat aku!* haha. Anis rajin dok goreng nugget dengan sosej. Kaq, abang, akak, amie, joe, chik semua dok idupkan bara untuk acara bako-mambako. Aku? Dok dalam rumah jek. Tolong mana-mana yang patut. Aku ni tak boleh kena asap, nanti kulit i rosak u *ayat mintak pelempang*. Kah kah kah..
Start masak lepas maghrib. Sampai ain dah abis tusyen, barulah siap masak semua. Macam ain dah jampi-jampi jek, "janganlah korang makan sebelum aku abis tusyen". Hahaha...
macam nak main snooker
|
sirap limau yang best. sapelah yg buat ekk?
|
bahan perapan
|
sos bbq penambah lazatttt
|
rasa macam lapar semula
|
makanan yang super banyakkk
|
pinggan aku yang tamak
|
dah puas main ps2, layan mubi plak. bebudak zaman skrg!
|
rindu pulak kat budak 2 orang ni
|
0 komentetar:
Post a Comment