instagrammers

Instagram

6.2.12

karnival uitm


Jumaat baru ni aku ada kerja luar kat UiTM. Kena uruskan beberapa program yang ada sangkut paut antara company aku dengan universiti tu. Pestaim sebenarnya masuk ke kampus tu sampaikan nak cari jalan pun boleh sesat. Nasib ada chik yang bagi direction. Dia memang duduk area situ so memang tahu jalan-jalan kat sana. 


Sampai jek sana baru aku tahu yang dieorang ni adakan karnival. Ramai jugaklah yang ada. Orang luar semua datang. Student jangan cakaplah, memang port dieorang dah kan. Banyak jugaklah acara. Student yang ambil bisnes bukak gerai-gerai, futsal tournament, rtm pun ada buat on air live kat sana.


Aku setelkan kerja-kerja kat dalam hall semua. Masa dieorang tengah buat talks, aku pun apalagi ke gerai-gerai lah. Memang Zzzzzz lah kalau aku duduk join sekali dengar talks tu buat ke sekian kalinya. Baik aku cuci-cuci mata mane tau boleh nampak student-student yang hot-hot kan. Keh3..


Macam-macam gerai ada. Jual makanan, baju, komputer , buku semua ada. Uhh kan best kalau boleh dapat voucher buku 1malaysia tu kan. Tak aci la dieorang ni bagi pada student jek. Lagipun student ni bukan beli buku ilmiah pun. Aku tengok dieorang ni dok memborong novel-novel yang banyak. Aku berbelah bahagi nak beli novel gemersik kalbu ke nak beli tudung. Tapi akhirnya gerai tudung yang lebih ada daya penarik magnet yang sangat kuat. Pandai betullah student ni bermulut manis promote produk dieorang sampaikan aku pun boleh terhasut. Tapiiii jangan ingat aku tak reti bermulut manis jugak. Sebab kalau aku dah start tawar menawar, boleh menganga budak tu dibuatnya. Hahaha..


End up terbeli tudung dua helai tapi dengan harga yang boleh membuatkan budak tu menangis sebab tak balik modal jual kat aku. Nasiblah dik oiii...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...