instagrammers

Instagram

10.1.12

Moh ke IKEA kite



Haritu masa kat KL, singgah kejap (read : 4jam jek) ke IKEA. Kaq, Kakna and family, ma, aku and amie yang pergi. Rombongan cik kiah lah katakan. Manusia punyalah ramai. Parking jangan cakap lah. Memang confirm penuh. Tengah kami berpusing-pusing cari parking, ada security guard ni panggil kiteorang suruh parking kat tempat pick up area betul-betul depan lift. Nice.


Masuk dalam, troli pun dah abis. Ambil bag jek. So kena carry. Dalam tu sangat-sangat lah best. Mata boleh jadi rambang. Nampak barang, main ambil jek sumbat dalam bag. Pada aku, barang ikea ni unik dan futuristic. Takde kat tempat lain. Pada aku lah. Aku ni mana berjalan sangat. So tak tahulah kalau-kalau tempat lain ada jual ke tak kan. Harga kene tengok gak. Ada yang mahal, ada gak murah-murah. Quit reseonable lah.


Kalau orang yang dah kahwin ni, mesti suka shopping kat sini. Dulu masa belum kahwin, pernah gak pergi ikea, tapi takde lah terasa sangat nak beli itu ini. Sekarang ni, jangan cakaplah. Kalau nampak barang, tanya amie ”nak yang ni boleh tak?” Dia angguk tapi muka kelat. Haha.. Nasiblah yang.


Masa kat tempat living room ni, ada sofa panjang. Duduklah reramai, aku kan suka jek ambil gambar ni. Tengah dok ambil gambar dieorang, kaq panggil suruh duduk sekali. Aku kata takpelah. Duduklah u ols. Maklumlah, aku kan baru jek jadi menantu dalam family ni. So kenalah tunjuk ciri-ciri menantu muslimah. Kah3.. (sila muntah hijau sekarang). Bila dah duduk tu, rasa macam empuk sangat sofa tu. Patutlah memasing macam berat jek nak bangun.


Siap-siap shopping, pergi foodcourt. Ramai nye orang. Macam lautan manusia. Tapi bila beratur tu, sekejap jek dapat food dia. Yang susah tu adalah nak cari tempat duduk. So separuh kena beratur, separuh kena cop tempat duduk. Masa time beratur, sekali nampak judges Masterchef. Siapa entah nama dia. Yang botak-botak, tua-tua tu. Chik mesti kenal kot. Hehe. Sian chik tak ikut, kalau tak mesti dapat merasa meatball ikea. Yang frust nya, daim choc cake dah takde jual. :(


Setel makan, sambung shopping, Setel shopping, time nak bayar kat cashier, aku pilih barang-barang yang mana betul-betul nak beli jek. Sebab time shopping tu kan main ambil jek masuk bag. So keluarkan 3,4 item yang rasa tak diperlukan sangat. Tapi bila time on the way nak balik Terengganu, dok teringat-ingat item tu. Rasa nyesal sebab tak beli. Aku bagitau ma, ma ketawakan jek aku. Ouh nyesalnya..


4 komentetar:

~ana~ said...

br nak tnya kat fb, x teringat2 ke kat brg2 yg x jd beli tu..:)

shakila mubarak said...

maunye xteringat. sampai termimpi-mimpi dibuatnye. haha..

nak kene repeat ke IKEA spore ni.

itangmanih said...

hahaha..akak dh tanya dh kt fb...

shakila mubarak said...

tu lah akak. nak kene kotakan azam sy thun 2012 ni. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...