instagrammers

Instagram

16.1.12

duit coin baru 2012


Hari ni dah boleh start guna duit coin baru. Balik kerja ni nak singgah kat hypermarket beli barang-barang dapur sikit, time bayar kat cashier tu nak suruh cashier tu bagi balance guna duit coin baru jek. Boleh gitu. Haha.. Mahu kena hempuk dengan budak tu.


 

Coin baru ni best lah sebab dia lebih kecil, lebih ringan. Lima posen dengan doplohsen kaler perak u ols. Tapi yang membezakan dia side tepi tu macam berlekak lekuk. Nak bagi kemudahan untuk orang kurang upaya lebih senang kenal duit katanya. Rasa jek dah tahu duit tu berapa nilai. Giteww... 


Kalau beli yang pakej peringatan dia, ada lah info-info duit tu kat casing dia. Tapi harga 10ya kalau tak silap aku. Entah ada jual lagi ke tak sekarang ni. Nilai kat dalam pakej tu cuma ada singgit, lima posen, doplohsen dengan seposen. Semua sekeping-sekeping. Berbaloi? Bagi aku tak. Tapi untuk pengumpul tegar, memang pepagi lagi diaorang dah beratur nak beli duit-duit tu semua. Entah apa-apa. Baiklah kumpul mangkuk pyrex ke, periuk tefal ke, pinggan corelle ke kan. *dah mcm mak org dah aku ni*

 
Pakej peringatan untuk duit kertas pulak harga dia 300ya. Nilai dalam dia cuma 186ya jek. Lagilah mahal. Tak sanggup mak. Tapi untuk orang yang berbisnes, time ni lah dieorang nak buat duit. Beli 300ya, lepas tu jual 500ya. Ada jugak orang yang sanggup beli tu. Ish ish ish.. Oh ye. Duit kertas tu kita start guna Julai ni. Lama lagi lah. Sesapa yang nak merasa duit baru tu boleh jek beli yang pakej premium tu di bnm yang terdekat. Tapi tak sure lah ada lagi ke tak stoknya tu..

2 komentetar:

ezreefa said...

xyah bazir..tgu jek nanti, mesti berlambak da..hehe

shakila mubarak said...

haah kan. nanti bile dah melambak duit tu kat pasaran, org pun dah xheran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...