instagrammers

Instagram

27.1.12

JJ Tebrau

Semalam kata nak cerita pasal jalan-jalan kat johor kan. Sebenarnya tak ada lah pergi kemana-mana sangat pun. Petang sabtu ada lah ke JJ Tebrau. Yes aku tahu. Untuk orang KL, setakat JJ tu apalah sangat. Tapi kami ni bermaustatin di tempat yang tak ada JJ. Sobsobsob.. So bila balik johor, itu adalah tempat yang wajib kena pergi. Dari rumah, cuma 20minit jek lalu highway pg. 

rambut pacak harus!

Aku kalau pergi jenjalan ni memang suka ramai-ramai. Baru meriah. Kalau mak abah sihat, diaorang pun aku ajak sekali. Tapi kesihatan tak mengizinkan mereka. Takpe. Rest elok-elok ye kat rumah. Aku pergi bawak along dengan anak-anak dia sekali. Petang tu bila mak bangun tido, panggil semua orang, sunyi sepi jek rumah. Hahaha sian mak.


Sampai je kat JJ, aku split dengan along. Along bawak anakandanya ke kedai buku. Well boy dah masuk kindergarten sekarang, so dah pandai nak request buku semua. Kalau dulu asal jalan jek nak toys, sekarang tidak. Anak buah kak shake dah big boy sekarang!

baru perasan yang sebelah dia tu ada piggy

Aku pulak teman amie ke kedai seluar. Ouh sales adalah gila-gila. Boleh jadi gila kalau tak beli. 50% less. Mana nak dapat kan. So amie grab selai dua. Lepas tu ke kedai baju-baju semua. Cina-cina sibuk nak beli baju raya depa, yang kami ni pun sibuk nak nyelit sekali. Memang penuh ngan orang cina jek time tu. Yelah lagi 2 hari nak cny kan.

que fitting room yang ramai gila orang

Siap shopping-shopping semua, dah nak dekat maghrib. Nasib kami ni boleh jamak, so boleh sambung jalan-jalan lagi. Along dah bayak kali sms aku update location dia kat kedai ini-ini. Yang aku ni tak setel lagi beli-beli semua. Sian along. Rugi kredit dia. Hee..

Last-last bila dah betul-betul habis shopping *tu pun tak habis lagi tawaf semua kedai*, call along ajak pergi makan kat tingkat atas sekali. Jumpa jek diaorang kat depan Johnys, boy bunyi "kak shake ni lambatlah". Haha.. mesti dia dah bosan tunggu. Takpe, kak shake belanja makan meh..


Kat Johnys, kiteorang order alacarte jek. Kebetulan time tu ada promotion. Set rm8.90. Boleh pilih variety of nasi/mee goreng, tomyam yang marveles, ada air segelas, lepas tu dessert ais krim. Berbaloi? Sangat-sangat! Memula tengok macam sikit jek nasi dia. Pastu lepas makan, perut tetiba jadi ketat. Hahaha dasar pentamak..




Lepas makan tu, lalu depan kedai buah. Along kata sedap ni. Tengok macam masam jek pelam-pelam tu semua. Tapi.... sangat-sangat sedap dan menggiurkan. Tengok gambar ni pun sambil telan air liur. *gulpgulpgulp*

rasa nak lagi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...