instagrammers

Instagram

14.1.12

1 hari 1 resipi


Masa kahwin haritu, bespren aku hadiahkan buku untuk aku. Buku resipi u ols. Knowing me yang tak tau langsung nak memasak. Sungguh memahami betul kawan aku ni. Sebab tu aku sayang sangat kat kawan aku ni. Tengok kat depan buku tu, siap sain love love lagi.


Buku ni title dia 1 hari 1 resipi. Daripada appertizzer, soup ke main course sampai lah ke dessert. Semua ada. Asian style, western style, semua complete. Kau cakaplah nak masak apa, semua boleh. Lepas ni kalau pergi rumah aku, order jek cakap nak makan apa. =)


Buku ni by Chef Hanieliza. Jual kat Popular jek kot aku rasa. So kat Terengganu ni memang susah nak dapat lah kan. Bukan kata susah, memang tak ada pun. Ye lah, bukan kata Popular, Jusco pun takda kat sini.


Setakat ni aku dah try masak lah yang simple-simple macam tomyam, sup ayam, goreng berlada. Masak-masak lemak semua yang menggunakan santan tak try lagi sebab amie kureng sikit makan menda gitu. Ada sekali tu aku masak ayam masak merah. Tengok dalam buku tu suruh letak santan or gantikan dengan susu cair kalau takde santan. Sekali aku letaklah. Bila letak tu jadi kaler oren. Ahh sudah. Kesudahannya jadi ayam masak oren. Lepas makan aku selak balik buku tu, sekali tengok tak ada pulak suruh letak santan or susu. Rupanya aku tersalah baca resipi lain. Hahaha. Nasiblah makan menu baru haritu. Rasa memang peliklah tapi takada lah sampai sakit perut ke apa kan.



2 komentetar:

MadianiMamat said...

kebab homemade satoooooooooo

shakila mubarak said...

muahahaaa... nti i up yek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...