instagrammers

Instagram

29.1.12

singgah sebentar di air itam


Pagi isnin dah nak gerak balik tganu. Rasa macam tak puas jek 4 hari balik kampung. Even amie pun kata rasa macam sekejap. Takpe, nanti raya amek cuti 2 minggu duduk rumah mak i. Time tu jangan ngadu lama pulak sampai rindu kat ma u ok. Hahaha..


Cuaca sangat baik haritu. Tak macam masa otw nak balik hari jumaat haritu, sekejap hujan sekejap tak. Ni cuaca macam best jek. Awan pun biru jek. Cantik! Gerak pukul 11am. Ye ye jek plan nak gerak pukul 9am. Tapi pukul 9am tu lah baru bangun tido. Memang janji melayu betul.


Kami lalu highway sebab nak singgah air hitam. Highway sangat sesak hari isnin tu. Tak pernah lagi rasanya lalu highway boleh jammed sampai gitu sekali. Drive pun dalam 50km/j. Bila nak sampai agaknya ni?


Sampai air itam jek dah area pukul 1.30pm. Manusia punyalah ramai. Peniaga-peniaga cina pun bukak kedai semua. Tak beraya gamaknya diaorang ni. Heran aku. Haha.. Beli punya beli ada gak kat 2 jam kat situ jek. Padahal jauh lagi perjalanan nak balik tganu ni. Boleh bersenang lenang membeli belah kan.


Jalan punya jalan sekali jumpa frame ayat yang macam aku nak kat Pandan City tu. Orang kedai tu kata ada ayat empat kul. Yeayyy sangat happy. Tapi harga adalah sedikit mahal dari yang pakistan nak offer aku kat pandan tu. Agaknya pergi time peak session kot. Sebab tu orang kedai tu tak heran kalau kami ni beli ke tak beli kan. Sebab ramai lagi customer lain yang tengah que. Dia apa kisah. Take it or leave it. 


Puas dok memborong bunga-bungaan, amie pergi cari barang makan untuk mak ayahnya. Pulak tu nampak pelam madu emas. Pun dibelikan untuk ma. Anak mithali beliau ni. Menda-menda aku beli selalu amie ingat nak beli gak untuk mak dia. Bagus kan. Esok-esok aku nak anak aku ikut perangai bapaknya jugak sebab nanti anak aku boleh ingat kat aku sokmo even tengah bersuka ria dengan anak bini. Gitewww..


Setel aktiviti menghabiskan duit, perut berbunyi pulak. Makan kat area situ gak. Order nasi ayam. Amie amek asam pedas. Tak nampak pulak aku asam pedas tu. Kalau tau ada, memang amek lauk tu. Tapi takpe, nanti nak try masak sendiri kat rumah. *goreng ayam tak lepas, ada hati nak masak asam pedas*. Haha..


Lepas tu gerak, singgah sembahyang jap kat kuantan. Pastu sampai rumah pukul 1am. Pffttt... Gerak 11 pagi, sampai 1 pagi. 14 jam ko. Kebas kaki-kaki semua..

2 komentetar:

itangmanih said...

waaahhh...berbunga2 la umah anda yer...hehe

shakila mubarak said...

haah kak. macam hatinye jugak yg sedang berbunga-bunga.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...