Tekak ni dua tiga bulan sekali, mesti mintak nak makan western. Kat sini tak lain tak bukan mesti kami pergi ke Zee Corner. Orang melayu punya kedailah. Nak kata gerai, tak gerai. Nak kata restoran pun bukan. Kedai makanlah senang cerita. Kedai-kedai macam ni je lah kami mampu. Nak makan western kat hotel, memang tak lah. Rasa membazir bayar mahal-mahal sedangkan kita boleh dapat kualiti makanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.
Aku rasa standard lah kedai-kedai makan macam ni kalau letak harga rm10 sepinggan ye dak. Kakna kalau makan western kat Kg Baru tu pun lebih kurang sama jek kan harga dia? Aku kalau datang sini, tak lain tak bukan mesti order Grilled Chicken. Aku memang jenis setia pada makanan. Kalau dah yang tu, memang yang tu jek sampai bila-bila. Tanak ambil risiko order menu lain. Kalau dapat yang tak memenuhi piawaian tekak aku, mahu mengamuk satu kedai dibuatnya. Amie pulak tekak dia berubah-ubah. Kengkadang lamb chop, ada tu steak. Nak rasa semua makanan agaknya. Kalau dia kata sedap, baru aku akan rasa menu yang lain-lain tu. Kira macam amie ni food tester aku lah. Heee...
Lokasi? Ofkos la terengganu kan. Motif apa aku nak pergi jauh-jauh semata-mata nak makan jek. Dia dekat waterfront. Area pulau kambing. Bersebelahan dengan hotel felda. Dekat jek. Memang area bandar. Kalau balik kampung tu, nanti i bawak u ols seme datang makan sini ehh. Bawak jek lah. Bayaunye sendiri-sendiri aje. Peace!
3 komentetar:
erk....bkn nak belanja ke?
haa tu la...pengantin baru kena belanja...kalu x,kena masak utk kami2 ni...hehe
erkkk... sy lebih rela blanje dr memasak. meh2 blk kg seme skrg! hee..
Post a Comment