instagrammers

Instagram

26.1.12

Journey to Johor


Hari jumaat haritu balik Johor. Pagi-pagi subuh dah bertolak kau. Bangun pukul 3am, gerak pukul 5am. Gila semangat nak balik kampung kan. Haha..

Balik tu kami lalu Mersing. First time amie drive lalu situ. Selalunya kami lalu Segamat sebab gps yang ada memang otomatik bawak kami lalu Segamat. Kali ni memang set gps tu ke Mersing, bila dah sampai Mersing baru set ke rumah pulak. Dan itu memang terbukti memang lalu Mersing sangat dekat. Jimat 2jam kot. Sebab gerak pukul 5am, sampai dalam area 1pm. Selalunya lalu Segamat more less 10hours kot. Beza kan. 


Jalan area Mersing adalah sangat smooth. Bezalah dengan jalan jerangau jabor tu yang bayak gila lubang. Silap-silap haribulan kalau masuk lubang tu boleh kemek rimsukan woo. Time kami pergi ni jalan tak jammed langsung. Boleh drive dengan hati yang aman damai jek. Takdelah nak maki sangat pada lori-lori yang bawak semput ngalahkan kereta berhias. *kurang sikit dosa memaki time tu*.

Sampai jek Johor, pergi pejabat setelkan dokumen-dokumen. Lepas tu pergi Pejabat Agama. Ingat nak ambil sijil nikah. Siap bawak gambar semua sebab nak apply kad pintar. Belakang surat sementara yang kami pegang tu kata lepas 2bulan dah boleh ambil sijil tu. Tapi bila pergi, hampeh. Tak siap-siap jugak. Budak kaunter suruh call tok kadi. Siap budak kaunter tu kata, kalau tok imam tu memang lambat. Bila called tok kadi tu, dia kata lepas 3bulan kahwin baru boleh ambil. Uhh.. Tok kadi ingat rumah saya ni sebalah pejabat agama ni jek ke? *istipar3x*

Balik rumah dengan hati yang frust sebab kerja tak boleh disetelkan lagi. Nak tunggu balik Johor lagi sekali entah bila la lagi kan. Raya kot. Uhh lama lagi tu. Lepas ambil sijil, nak kena apply kad pintar tu pulak. Tu pun ambil masa sebulan jugak nak siap. Kalau lah menda ni semua boleh apply online pastu diaorang pos terus sampai ke pintu rumah. Kan bagus. Nak kena suggest ke najib ni.

Sampai jek rumah, kepenatan. Bangun since 3am tuu. Tak larat oden. Lepak-lepak kat rumah jek satu hari tu. Esoknya barulah berjalan. Cerita jalan kita continue esok ehh. Daa..


2 komentetar:

~ana~ said...

gigih tu bgn 3am....heh3x..

tp kami pun mcm tu gak kalau nak balik kg..bangun 3-4am jugak...

shakila mubarak said...

semangat bangun pepagi siapkan sandwich yg mcm ma selalu buat tu. haha.. *dah mcm mak2 dah sy ni*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...