instagrammers

Instagram

15.1.12

Homemade kebab


Semalam balik kampung. Melawat papa mama in law katanya. Balik sekejap jek pun. Sebab hari Jumaat tu amie kerja. Aku pun tak paham, kerja separuh hari pun balik nak dekat maghrib. Ngalahkan bos-bos jek bizi nya. So jumaat dok rumah kemas-kemas apa yang patut. Sabtu baru balik kampung.

Sampai jek rumah tengok ma jek ada sorang tengah dok menjahit. Chik tak ada. Ahh sudah. Mati kutu dok sorang-sorang. Tapi sekejap jek sebab lepas tu chik dah balik. Yeayyy!!! Ada lah geng nak bergossip. Hee..

Tengah-tengah dok bercerita, chik kata dia nak pergi pasar minggu.

Chik : Nak gi pasar minggu lah
Aku : Ada jual apa jek? Banyak ke gerai dia?
Chik : Ada 4 gerai jek
Aku : 4 jek? Pasar minggu gape gitu? Haha..
Chik : Pasar minggu lah tu. Ada jual burger

Tetiba chik teringat dia ada daging kisar dalam peti. So dia ingat nak buat burger sendiri. Aku ok jek bab-bab nak improvice ni kan. Tengok-tengok apa lagi ada dalam peti. Sekali terjumpa oregano kakna. Macam best jek ni. Feeling ala-ala Jamie Oliver masak. Tak agak-agak nak berfeeling mat salleh aku ni. Haha..



So start la misi kami. Perap daging tu dengan serbuk lada hitam, oregano, garam. Tumis bawang putih sampai wangi lepas tu masuk daging tadi. Ingat nak bentukkan daging tu rupa daging burger. Tapi sebab aku malas *tak gheti benornye*, gaul jek jadi macam inti kebab. Tapi series sedap weiii. Rasa sikit tu jek macam dah nak meleleh air liur. Bijak lah chik mencipta resipi ni. Tetiba teringat kat kaq, ni kalau dia ada mesti dia suka.


Dah siap goreng, sapu planta kat roti, letak inti kebab. Jangan dilupakan cili sos dan mayonis yang banyak sebagai inspirasi pencetus kesedapan. Wallaaaah..!

7 komentetar:

~ana~ said...

waaaa...ada org mencuri oregano saya..
hah3x..

eh guna je la..klau simpan tu, ntah thn bila nak habis...

ayah dgn ma mkn x?

shakila mubarak said...

bkn curi lah, mintak sikit. haha..

ayah ngn ma mcm biase lah. mane mkn menda gitu.

MadianiMamat said...

serius sedap gilerrrrrrrrrrrrr..

shakila mubarak said...

opkos lah sedap. lps ni blh buat lg. len kali klu nk jln jauh ckp kat ma xyah dah buat sndwich sadin, kite buat kebab plak. haha..

itangmanih said...

nak nak...chiq,nnt kitorg blk kg leh buat utk bfast kay...

shakila mubarak said...

chik mmg rajin bab-bab gitu. nti i blk tetiap mgu, buatkan jugak yek. *over*

MadianiMamat said...

akaq, bile nak balik tu???mc hint2 je...yessssssssssss adammmmmmmmm come to momma mia... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...