instagrammers

Instagram

7.5.13

Steamboat Grill Pulau Duyong



Hari Sabtu lepas sehari sebelum election haritu kami semua pergi makan-makan. Last makan kat sini time mengandungkan Harz dulu. Mengidam nak makan steamboat. Punyalah cari kedai satu Terengganu ni. Kebanyakkan yang ada restoran cina. Apalagi I tanyalah pakcik google. Sekali jumpa fb kedai ni. Rupa-rupanya dekat belakang tempat kerja amie. Dan seperti yang disangka-sangkakan, amie pun sebenarnya tak tahu kewujudan kedai tu walaupun dekat dengan resort. Apa daaa...


Dan untuk kesekian kalinya kami pergi lagi kesini tapi bukan berdua. Beramai-ramai. Meriah. Kami sefamily datang asing sebab weekend kami memang dok rumah sendiri. Ma, ayah, chik, abang, and family che ngah semua mari dari kampung. Jauh perjalanan mereka. Gigih.


Sementara tunggu dieorang sampai, kami pun macam biasalah. Aktiviti bergambar tetap kena ada. Nak camwhoring memang tak dapatlah kan. Dak Harz ni bukan boleh duduk diam. Jadinya ko amek gambar aku, aku amek gambar ko. Gitewww..


Pemandangan kat sini cantik. Kedai ni dok tepi jeti bot-bot nelayan. Kami pergi time petang. So boleh nampaklah area pulau belah sana. Harz masa baru sampai tu mood dia ok jek sebab sebelum keluar rumah dah puas tidur. Dalam kereta dah kasi susu kenyang-kenyang. Boleh jek tersengih time diajak bergambar.


Bila semua dah sampai, apalagi makan time. Kat sini harga dia kira ikut pakej. Semurah 25 riyal untuk 4 orang makan. Makanan memang best. Kuah tomyam sedap. Nasi goreng pun best. Air marvellous. Sos blackpepper terbaik. Eh semualah sedap senang cerita.


Benda apa kita panggil untuk periuk steamboat tu. Hot pot eh. Tak kisahlah apa-apa pun nama dia. Dia attached sekali dengan hot pan. Kira kita boleh grillkan makanan kat situ. Kalau macam daging tu aku lebih prefer bakar kat atas pan tu dari celurkan dalam kuah tomyam. Cicah dengan sos. Memang fuhhh. Terus feeling makan macam orang korea. Hahaha hover.


Setel makan dah nak dekat maghrib. Kami singgah di giant untuk solat andddddd shopping! Hehe.





p/s : terima kasih pada yang belanja. Sampai hati campak duit kite. Sobsobsob..




          XOXO



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...