Pejam
celik pejam celik dah lebih kurang 6 bulan aku pegang title ibu. Hoiii bukan
senang hokeh nak jadi mak orang ni. Aku taklah kata susah sebab tu mocam bunyi
komplen jek kan. Apa yang aku boleh katakan memang bukan senang. Bukan setakat
bagi susu, makan, mandi, pakai, tidokan, dah setel semua. Takkkkk hokeh. Kena pastikan
kesihatan jasmani dia semua dalam condition yang tiptop. 24 jam yek! Memang sekarang
ni tidur 8 jam dah takde dalam kamus hidup. Didikan jugak tak lupa untuk
kesihatan rohani. Walaupun orang kata, alah anak belum setahun nak didik apalah
sangat kan. Tapi pada aku, anak tu sedari lahir umpama kain putih, kita ni lah
yang kena mencorakkan. Ibarat kau canting kain, kalau berseni tangan tu,
cantiklah hasilnya nanti. Gitteewww..
Sumpah
kalau aku tahu betapa bukan senangnya seorang ibu tu melahirkan, menjaga,
membesarkan dan mendidik anak-anak, aku akan pastikan takde sedetik pun dalam
hidup mak aku yang boleh membuatkan dia mengalir air mata. Seriously.
Untuk
semua wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu!
XOXO
0 komentetar:
Post a Comment