instagrammers

Instagram

23.5.13

Baby Gap Pyjamas



Dulu kegilaan membeli rompers. Tapi sekarang ni rompers dah macam tak sesuai untuk Harz. Sebab sekarang ni kan Harz dah meniarap plus mengesot ke sana ke mari. Kalau pakai rompers takut sakit pulak peha lutut dia kan. So kegilaan sekarang membeli pyjamas.

Disebabkan baju tidur Harz banyak yang dah kecil mengecutkan diri, so haruslah memborong baju tidur yang lain banyak-banyak *alasan ummi bershopping*. Hehe. Since Harz dari lahir sampai 6 bulan pakai baju yang sama jek, ummi pun apa lagi gatallah tangan tu dok ushar baju-baju baby kat online ni. Nak kena pandai pilih jugak. Sebab kadang dieorang ni jual benda yang sama. Tapi ada orang tu jual mahal, ada orang tu jual murah.

Pulak tu baru-baru ni kan sempena hari ibu lah, hari buruh lah, hari guru lah, memang meriahlah dieorang buat promosi online. Apa ingat mall je ke boleh buat sale sana sini. Business online pun ada tau. Tu yang rambang mata. Jahat kan dieorang ni menggoda nafsu I tiap kali log in facebook ni.

Aku suka sangat dengan cutting jenis pyjamas macam ni. sebab boleh nampak macam Harz tinggi jek. Ye anak kita tak gemuk debab chubby gebu but it sokey. Ummi happy je kalau anak ummi sihat walafiat. Tu dah cukup buat ummi.

Masa beli ni aku tak bagitahu amie. Takut kau. Haha. Confirm kena tapis. Audit itu audit ini. Tu belum kena tanya macam-macam soalan lagi. Kenapa nak beli? Berapa harga? Nak beli kat mana? Betul ke orang tu tak tipu? Kalah polis pencen hokeh. Ye lah. Laki mana yang tak risau kan bila bini nak bagi duit kat entah sapa-sapa takut kena tipu ke apa ke kan. So aku macam memahami situasi tu. Takpe. Kita beli je dulu. Dah dapat baru bagitahu. Time tu die kena redha je lah dengan hobi bini dia. Kuikuikui.





      XOXO
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...