instagrammers

Instagram

13.5.13

Birthday Party Iqbal



Hujung minggu lepas kami attend birthday party anak office mate. Birthday boy Iqbal yang ke-4 tahun. Kami sampai pun dah lewat petang so orang pun dah tak ramai sangat. Birthday boy bz main dengan kawan-kawan, so bergambar dengan mummy dia jek. Mummy Ina sekarang tengah pregnant anak nombor 2. Insyaallah bulan 7 ni due. Kila doakan semoga semuanya selamat eh Ina. And hopefully dapat baby girl pulak. Weee..

Lepas setel makan-makan, ingat nak pergi cari kain baju raya. Plan nak cari yang dah siap jahit jek tapi nan ado. Stok raya belum sampai katanya. Aku jek yang bersemangat lebih. Haha. So end up beli jek kain pasang. Konon berangan nanti boleh buat baju kurung nursing. Tapi sekarang tengah pening. Ada ke lagi orang nak ambil upah menjahit time-time macam ni. Adehh..

Kami kan banyak menyinggah. Masa dalam perjalanan tu asal naik kereta jek, Harz bantai tidur. Sampai apaknya kata, “sian si comel kita, membesar dalam kereta jek” Haha. Bila dah sampai, aku tak sampai hati nak angkat dia pindahkan dalam stroller sebab confirm mesti Harz tersedar punya. So parking kereta, dok menunggu lah dia sampai bangun. Apalagi omak dia bosan-bosan, camwhore ler jawabnya. Haha.

Ada sekali tu dia doklah ketawa terkekek-kekek, nak rekod tapi telefon dok jauh kat dalam bag kat kaki. Aku cakap kat Harz, “ok Harz kekalkan mood anda, kekalkan mood anda” sambil tangan capai telefon. Apaknya yang sambil drive geleng kepala jek tengok perangai omak Harz ni. Ahh biarlah. Anak sorang khennn. Kalau omaknya tak semangat jadi cameraman anak, siapa lagi? It’s a moment tau. 

video


      XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...