instagrammers

Instagram

11.3.13

jalan-jalan gi giant baru


Kat sini ada bukak satu giant baru area gong badak akhir bulan lepas. Dekat dengan area airport nun. Masa baru bukak 2, 3 hari tu ofkos la banyak sale sempena official launching kan. Wiken haritu kami pun singgah lah kejap alang-alang nak pergi ke rumah member dekat area situ.

Giant ni kecil sikit lah nak dibandingkan dengan yang ada kat bandar. Tapi banyak gak kedai baru. Dan yang paling best is ada first lady. Lepas ni dah tak yah susah-susah sampai nak kena ke kuantan semata-mata nak pergi first lady kan. Iols memang suka beli baju dah siap jahit ni. Rasa lebih berbaloi dari beli kain asing, upah jahit lagi. Buatnya tukang jahit tu tak siap-siap jahit kita punya baju sampai pagi raya, pakai jek lah apa yang ada jek kan. Sebab tu aku suka beli yang dah siap. Try test. Muat. Terus boleh pakai. Siap ada labuci, batu permata bagai semua. Nak beli yang abang jovian punya tak berapa nak mampu khennn. First lady pun jadilahhh.

Jalan punya jalan tengok ada kedai jual casing telefon. Seminggu sebelum ni ada beli casing kat kedai lagi satu yang area bandar punya. Sebab telefon jatuh haritu abis retak. Tu yang gigih cari casing. RM10 satu. Sekali masa pergi kedai casing yang ni, RM10 tiga ketul. Gila kentang murah. Terus rasa macam grrrr. Dah lah tokey kedai sama dengan yang aku beli sebelum ni tu.

Tak ada beli apa sangat pun. Dapatlah Hariz mainan seketul. Upah katanya. Hariz ni satu perangai dia kalau bab berjalan sanggupppp tahan mata walaupun mengantuk. Mata tu syok sangatlah boleh tengok dunia luar. Bab menyusu pun sama. Sanggup 2,3 jam taknak susu. Masa time makan tu aku paksa gak dia minum susu sebab kesian kat dia dah berjam tak minum kan. Sekali melalak kau satu kedai tengok iols. Malu hokeh. Dah lah time tu first time nak belajar pakai nursing cover kat public. Mungkin dia pun rimas agaknya masuk dalam cover tu. Last-last aku pujuk-pujuk bagi gak NIP tapi bahagian muka dia aku selak sikit kasi kena angin. Minum sampai tertidur kau. Akhirnya. Kita beroleh kemenangan yang pertamaaaa… 


Babah berbabywearing.
Tapi hariz macam terkedalam sangat pakai ni. Maybe hariz belum cukup lagi besar nak pakai ni. Dukung lagi senang. Tunggu dah besar sikit mungkin baru boleh muat carrier yang akak bagi ni

Hariz kosser nak ambil gambar dengan ummi dia. Tengok orang keliling lagi syiok katanya

Main dengan mainan baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...