Senin
haritu kan public holiday kat Terengganu. Memang dah berangan dari minggu
sebelum tu lagi nak jenjalan kat area Kelantan sebab dengarnya barang-barang
kat sana murah. Tapi masa ajak yang lain tu semua macam berat hati jek nak
pergi. Ok. Terus rasa pelamin anganku musnah. Haha hover. Tak ada lah frust
sangat. Biasa-biasa jek. Terus tukar plan nak cuci-cuci lantai yang bekas
banjir haritu, nak cuci kipas, nak potong kuku anak. Banyak betul kerja yang
pending. Tapi tu semua bahagian bapaknya lah. Omaknya main dengan anak jek. Kuikui..
So
bila sampai hari kejadian tu, pepagi lepas subuh tu dok bergolek jek lah atas
katil main dengan Hariz sebab memang takde plan nak kemana-mana kan. Sekali tetiba ma masuk bilik cakap, “Bangun kila siap.
Kita pergi Kelantan”. Kelas ko mak mertua yang mai kejut menantu antu. Kuikuikui..
masa tu pukul 7 setengah. Siap punya siap 9 setengah jugak baru gerak dari
rumah.
Dari
9 setengah tu, 3 setengah petang baru sampai pengkalan kubur. Sila bayangkan. 6
jam perjalanan. Kalau pergi KL tu mesti dah sampai siap boleh makan dan tidur
lagi. Padahal perjalanan sepatutnya lebih kurang 3 jam lebih jek. Nak kata
berhenti sembahyang tak jugak sebab gerak pagi. Nak kata singgah makan pun tak
jugak sebab ma dah siap-siap bawak bekal nasi goreng setiap kereta. Ouh kami
pergi dengan 2 buah kereta. Chik, ma, che ngah and family naik kereta chik. Ayah
and family kami naik kereta amie. Memula plan nak naik kereta che ngah jek
sebuah semua. Tapi macam cramp sangat. Sian pulak kat baby hariz tak boleh nak
baring-baring. So aku duduk seat belakang bentang tilam untuk dia.
Nak
dijadikan cerita tu masa kami nak gerak pergi tu ada sorang orang kampung ni
nak tumpang pergi ke rumah sedara dia kat Serada. Ok takpelah boleh jek naik
kami sebab kami pun nak balik Bukit Payung sekejap ambil stroller Hariz. Masa on
the way nak pergi ni lah banyak betul sesat jalan. Padahal jalan hari-hari kami
ulang alik pergi kerja. Tapi sebab ayah kata dia tau jalan shortcut so kami pun
follow jek lah. Sampai satu ketika tu, tau-tau depan mata dah ada sungai. Boleh
pulak buat ayat, “kita nak kena rentas sungai ni tapi mana jalan dia”. Amie tengok
aku ikut cermin pandang belakang. Aku tengok muka amie masa tu tak tahulah dia
nak nangis ke nak ketawa. Tapi tahan ok. Kang durhaka pulak pulak. Kahhh.. nasib
amie chill jek haritu tu. Kan bagus hari-hari macam tu. Senang sikit hati bini
dia nak shopping takde stress-stress. Ehh..
Sampai
jek pengkalan kubur, terus cari surau. Memasing nak warming up sebelum
memulakan misi. Hariz ni pulak aku bagi susu taknak pulak dia masa kat surau. Ramai
sangat orang, so mata dia syoklah melilau sana-sini. Bila dah keluar surau,
baru nak start shopping, Hariz dah start buat perangai nak tidur. Bila nak
tidur tu ofkos la nak susu kan. Hai lah anak. Sini bukan macam shopping complex
nak ada nursing room bagai. Dah lah cuaca panas terik masa tu. Last-last start
enjin kereta, pasang aircond, bagi susu, tak sampai seminit dah terlelap. Hover
ko kan nak, tidur nak beraircond bagai. Padahal kat stroller dah ada kipas,
lagi mengamuk dia kalau kita letak. Last-last tak guna pun stroller tu. Sian mokya
ngan mokain dia kena mengangkut stroller tu kemana jua sampai naik atas surau
nun. Haha.
Pas
hariz kat apaknya. Bukan kata hariz jek yang tidur dalam kereta time tu,
apaknya dengan tokki pun join sekali. Takpe kasi tidur puas-puas sebab kaum
hawa nak menjayakan misi shopping masing-masing. Aku baru start nak
survey-survey harga, sekali tengok che ngah ngah ma dah memborong bantal kekabu
ngan termos. Amboiiii pantassss…
Kedai
dia tak lah sebesar macam kat Langkawi tu tapi yang bestnya barang adalah super
murah dan duty free. Cokelat adalah lagi murah dari Langkawi. Best kan. Setel beli
semua dalam pukul 5 lebih. Dah siap tu baru teringat iols ada anak rupanya. Mohlah
kita balik ke pangkal jalan. Mandikan hariz siap-siap terus balik sebab gate
kastam nak tutup pukul 6.
On
the way balik tu barulah perut ni reti nak berkeroncong. Behave sangat perut
tak lapar time shopping kan. Dasarrr. Haha. Makan kat area pasir puteh kot. Lepas
makan berhenti jap kat surau. Lepas tu terus zasss balik rumah. Sampai dekat
area pukul 10 lebih malam. 10 jam perjalanan dalam kereta. Hariz lah yang paling best
sebab boleh baring siap bergolek-golek lagi dalam kereta. Tapi aku tak pulak rasa penat. Magic kan. Mungkin sebab napsu shopping sudah dipenuhi. mihmihmih..
Pengakalan kubur,
here we comeee..
|
Mokchik yang comels siap pakai kasut baru lagi tewwww..
|
Che Ngah dok memikir
apa lagi nak dibeli tu
|
Pantang jumpa cermin
|
Cokelat yang super
duper murah
|
Singgah makan. Hariz
teruja tengok air. Ingat orang nak bagi dia agaknya. Nonono. Hariz minum susu
jek boleh ok
|
Pasangan sehati
berdansa. Macam janji jek pakai baju sama kaler. Order makan pun menu yang sama
itteewww
|
Makanan semua sedap.
Ehh ke sebab kami yang lapo?
|
Baby hariz yang good
boy
|
Hasil rembatan. Masa
beli bag sekolah tu semua dok gelakkan aku. Ye lah anak tak pandai lagi nak
pegang bag sibuk gak nak beli. Iols memang macam tu. Pantang nampak benda yang
kiutmiut niii
|
0 komentetar:
Post a Comment