instagrammers

Instagram

17.3.13

Baby Hariz Jatuh Katil


Ye. Mimpi ngeri yang selama ni aku takutkan sangat dah jadi kenyataan. Hariz sekarang ni sangatlah melasak time tidur. Dan akhirnya di usia lagi seminggu nak 5 bulan, Hariz jatuh. Jatuh dari tempat tinggi pulak tu. Seriau sangat aku bila dengar dia nangis tersak-esak malam tu.

Time tu aku masuk tidur dalam area pukul sepuluh lebih. Hariz macam biasalah. Pukul 8 dah ke lalaland dia. Masa sebelum aku tidur tu dah betul-betulkan dia. Sebab dia ni kalau tidur memang lasak. Bantal kemana, kepala kemana. Bila dah betulkan dia, aku pun baringlah sebelah dia. Masa ni apak dia takde pergi hantar mokchik dia pergi stesyen bas. So masa amie balik tu, aku tengok dia ada betulkan jugak Hariz. Lepas tu semua pun masuk tidur. Tetiba jek dalam area pukul 12 lebih, aku dengar bunyi benda jatuh yang sangat kuat. Aku bangun tengok Hariz dah tertiarap kat lantai area hujung katil celah-celah almari. Aku pun otomatik jerit panggil amie. Amie angkat Hariz, terus dia start menangis melalak-lalak. Aku pun ambil dukung Hariz sambil peluk dia kuat-kuat. Tuhan jek lah yang tahu perasaan aku time tu. Jantung ni tak berhenti berdegup. Nasib tak ada sakit jantung. Badan aku terus rasa lemah tapi aku kuatkan semangat jugak sebab Hariz time tu nangis macam orang sakit sangat. Memanglah sakit kan. Ce kalau kita yang jatuh katil?

Aku pujuk-pujuk, bila dah reda tangisan dia, aku bagi minum susu. Minum macam orang haus. Penat sangat tarik suara time nangis kot. Bila dah siap susu semua, tengok dia pun macam dah segar sikit. Bukak baju dia, check kot-kot ada apa-apa defect kan. So far ok jek. Tak ada kecederaan luar. Dalaman tu tak tahulah kan. Bila dah ok semua, aku pulak yang start nangis sebab rasa macam bersalah sangat-sangat tidur sampai tak sedarkan diri sampai anak dah mengesot ke hujung katil. Rasa down sangat time tu. Peluk-peluk Hariz sambil nasihat kat dia lainkali janganlah tidur melasak sangat. Haha propa sangat. Macamkan Hariz paham jek.

Tokmo dia masa tu dari dalam bilik dengar ada bunyi jatuh tu memula rilek jek sebab ingat aku ada terlanggar benda ke kan sebab aku ni memang tetiap malam bangun tetengah malam. Sekali bila dengar suara Hariz melalak, terus berdesup datang bilik kami. Tengok aku tengah peluk-peluk Hariz. Bila dia tahu yang Hariz jatuh katil, terus rasa lembik badan menggigil kepala lutut semua sampai terduduk terjelupuk kat muka pintu. Aku tahu yang tokma Hariz rasa apa yang aku rasa time tu. Hati ibu mana yang tak luluh bila anak yang dikandung dan diberanakkan tu rasa sakit kan.

Lepas dari kejadian tu, terus bentang toto tidur kat lantai jek. Senang. Tak risau dah nak jatuh katil ke apa kan. Cuma memang kena pantau jugak sebab Hariz ni time tidur dok baring kat tengah tilam. Sekejapan jek nanti dah ada kat hujung tilam. Ada yang nanti terhantuk kepala kat dinding pulak. Dah sekian hal pulak.



2 komentetar:

Maizan Ariffin said...

Kesian hariz..apala mummy ni tido mati koo...bese latu cucu cicit khatib hassan mmg ganazzz..seme camtu tido lintang pukang ada yg tido mcm ahli gymnastik melentik badan sampai nak patah tekuk...haha...siam hariz tido bawah..best la mummy n papa tido atas katilllll..hariz akan dpt adik laaaa..huhuhu

shakila mubarak said...

amboiii... derah ngat nak adik baru. tak tercapai dek akalku rasanya long. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...