Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua
melazimkan bayi sekecil 4 bulan umurnya agar diberi makanan berupa bubur,
pisang lecek atau bijirin bayi.
Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang
mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin
tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6
bulan, begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi
Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu
lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan
recommendation di atas kerana beberapa sebab:
·
Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang
suka mencicip-cicip.
·
Anggapan bahawa bayi lapar.
·
Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih
awal.
·
Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi
makan.
Sayangnya
anggapan di atas adalah salah sama sekali!!!!
1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih
terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh
bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim
amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses
pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak.
Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang
tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu
adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi
semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat-zat makanan yang masih
belum sesuai untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang
kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba-tiba jatuh sakit atau
meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing
manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of
Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan
terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa
depannya?
3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih
kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi
sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak
kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa
Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi
lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih
tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah
melepasi 2 tahun.
Sayangilah
masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita
‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah
saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak
kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
0 komentetar:
Post a Comment