Jumaat
haritu ada kenduri kahwin adik kawan kat area Batu Rakit. Petang sikit baru
gerak dari rumah sebab amie kerja haritu. Tapi best gak pergi petang-petang ni
sebab cuaca dah redup sikit time tu. Plus jemputan pun dah tak berapa nak ramai
sangat. So takdelah berlengas-lengas dengan ramai orang kan. Cuma yang tak
bestnya bila lauk pauk dah tinggal sikit. Makan jek lah apa yang ada.
Time
otw nak pergi tu, Hariz macam biasalah. Masuk jek kereta, terus zass tidur. Baru
nak melenakan diri, sekali dah sampai pulak. Memang confirm terbangun bila
kereta dah stop. Lepas tu cranky buat hal serba tak kena. Aku syak dia tak puas
tidur. Makan laju-laju, borak sikit-sikit terus ajak amie balik sebab macam tak
syok je anak buat hal kat rumah orang kan. Nak bergambar kat pelamin pun tak
sempat.
Masa
nak sampai tu kami terus masuk rumah jumpa pengantin. Hariz biasalah dia. Kalau
tengok orang yang dia tak kenal, mulalah buat drama. Melalak satu rumah. Kelakar
sangat rasa. Ada sekali tu masa pergi birthday party anak kawan, masuk jek
rumah orang tu, tetiba nangis tak tentu pasal. Kaget agaknya. Haha hariz hariz.
Harini pun akak kata bila Hariz tengok deme kat rumah, bila ditegur terus buat
muka cuak. Drama sangat.
Ok
sambung cerita. Petang tu chik whatsapp gambar diapers tengah on sale kat giant
baru gong badak tu. Alang-alang kami dah ada kat area situ terus menyinggah
kejap. Kebetulan memang stok diapers Hariz dah nak habis. Plus haritujalan-jalan kat situ tak sempat nak tawaf setiap ceruk sebab Hariz dah mengaji
nak ajak balik. Ingat haritu pergi sempatlah jugak nak pusing keliling. Nan hadooo.
Bila anak dah cranky sebab tak cukup tidur, rasa macam nightmare bila bawak dia
berjalan. Beli apa yang perlu, terus bayar and balik. Takde der nak pergi
belek-belek baju barang selai dua. Balik masuk jek kereta terus mentidur
sampailah kat rumah.
Cranky sebab nak
tidur. End up ambil dukung dia sambil tangan sebelah tolak stroller kosong. Ye syabas
anak kerana menaikkan muscle ummi!
|
Esoknya
sabtu dok rumah jek setelkan laundry yang dah menggunung tinggal nak meletus
jek. Main-main dengan Hariz memang tak sedar masa berjalan habis cuti sehari
tu. Petang tu bapaknya ajak pergi tepi pantai ambil angin. Huh kosserlah
nak pergi. Siapa nak melipat kain baju ni semua. Ofcozlah mak jugek khenn. End up
bapaknya bawak berjalan depan rumah jek. Selalunya tetiap petang tu ramai jek
jiran-jiran bawak anak main-main kat depan rumah. Ada tu siap bawak anak dalam
stroller. Tolaklah deme keliling taman ni.
Puas
main kat depan rumah, mandi terus mentidur sampai pagi ni. Sedar-sedar dah kat
rumah tokma. Sampai jek terus abang bukak pintu. Kasi Hariz kat abang, eh tak
nangislah pulak dia. Pelik ni. Hehe. Eh Hariz nak panggil abang n akak apa ekk?
Kalau hari-hari tak
kerja macam ni kan best boleh bergalok-galok ngan Hariz 24/7 pun takpe
|
0 komentetar:
Post a Comment