Orang
semua sibuk dok planning nak beraya dimana, aku ni pulak tengah sibuk memikir
nak beranak kat mana nanti. Kalau beranak hospital gomen, ok jek. Sebab buku
merah semua dah ada. Tapi kalau nak beranak kat swasta, kena dah start
survey-survey sekarang. Sebab at least kena buat check up dengan hospital
swasta tu dua kali sebelum nak beranak tu. So macam
sedang elok jek lah. Kandungan aku sekarang ni dah 7 bulan 3 minggu. Lebih kurang
2 bulan lagi nak beranak. Means dua kali check up lah kalau pilih kat swasta
kan.
Kalau ikut aku, kat mana-mana pun takpe asalkan semuanya
selamat. Aku ni tak adalah nak memilih doktor tu nanti mesti perempuan. Even amie
pun tak berkisah sangat asalkan semuanya selamat. Jadinya kena buat pilihan. Kalau
beranak kat hospital kerajaan ni, kita tak boleh nak memilih sangat. Even kita
ada guarantee letter dari company pun, kita tak boleh nak pilih 1st class kalau
dah bilik tu penuh kan. Duduklah kau kat katil mana-mana yang kosong. Tapi
dieorang jaga ok jek cumanya laki kita lah tak boleh nak ada kat sisi kita 24
jam. Boleh jenguk sekejap-sekejap. Dimana aku tak boleh kalau macam tu. Ye mamang
aku ni boleh jek survive kalau sorang-sorang. Tapi ni antara hidup dan mati
kita, at least biarlah waris terdekat kita tu ada dengan kita kan.
So kami sepakat laki bini pilih swasta jek lah senang. Tapi
kat area terengganu ni tak banyak pilihan. Yang ada pun cuma KTS. Pasrah jek
lah. Lagipun hospital ni dekat sikit dengan opis aku. Senang kalau
nak pergi check up. Tak sampai 10 minit dah sampai. Macam semalam aku buat
first check up dengan KTS. Setakat ni ok jek. Hospital dia tak lah sebesar
hospital gomen. Tapi ok lah. Pakej deliver dia yang aku
tengok untuk normal delivery is 1.8k. Gulp. Telan air liur kejap. Tapi nasib
baik boleh claim balik dengan company. Jadinya pejam mata jek lah nanti time
membayarnya. Semalam pun masa nak bayar bil check up pun tangan dah
terketar-ketar. Haha. Mana taknya, check menda yang sama macam kk check. Selalunya
kat kk tu free jek. Tapi ni tengok bil, terus berpusing-pusing mata.
2 komentetar:
semoga dipermudahkan bersalin nanti. bil tu company tak cover ker?
cover. cumanya kena dulukan duit sendiri jek lah. tu yg terketaq2 tgn. hee..
Post a Comment